Bekas Bintang Real Madrid Hampir Pasti Sertai JDT?

Bekas pemain serangan Real Madrid iaitu Jese Rodriguez dilaporkan kini bakal menyertai antara kelab paling berpengaruh di Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Menerusi kenyataan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam di media sosial X, pemain tersebut tampil dengan status bebas serta boleh mewakili JDT pada bila-bila masa.

“From Real Madrid to JDT, media antarabangsa melaporkan Jese Rodriguez yang juga pernah beraksi bersama PSG bakal sertai JDT, difahamkan sebagai ejen bebas sekaligus boleh beraksi bila-bila masa,” jelas beliau di media sosial X.

Untuk rekod, Rodriguez merupakan antara nama besar yang pernah beraksi di Eropah bersama beberapa kelab elit sebelum itu bersama pencapaian sangat menarik untuk diperkatakan.

Bermula dengan Real Madrid B, pemain tersebut mendapat perhatian pasukan utama untuk menyaksikan beliau mencipta penampilan dalam saingan La Liga bersama kelab itu serta merekodkan sejumlah besar jaringan.

Selain itu, pemain kebangsaan Sepanyol ini juga pernah mewakili Paris Saint Germain (PSG) dengan merekodkan dua gol daripada 18 penampilan secara keseluruhan.

Pemain ini juga pernah beraksi di England, Tukiye, serta saingan utama Itali sepanjang karier beliau di Eropah selaku pemain bola sepak profesional.

Kali terakhir beliau beraksi bersama Coritiba FC dalam saingan utama di Brazil dengan hanya merekodkan satu gol sahaja sebelum kini tampil bersama status bebas.

Kehadiran beliau bersama JDT pastinya akan terus menambah sengat buat posisi serangan JDT selepas kebolehan beliau untuk beraksi di beberapa posisi mengikut kesesuaian taktikal.

Ketika ini, JDT sudah memiliki beberapa nama besar termasuk import dari Brazil iaitu Bergson da Silva, Heberty Fernandes, Jorge Obregon, serta ramai lagi.

Malah, bintang muda Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi juga berada dalam momentum terbaik kini di pentas domestik serta Asia menerusi kualiti telah dipamerkan.

Malah, ia juga dapat memberi ruang buat Bidoglio untuk mempelbagaikan lagi taktikal permainan menerusi kualiti pemain-pemain sedia ada bersama kehadiran Rodriguez.

Walaupun ada peminat tampil sangsi jika pemain sehebat Rodriguez akan hadir menyertai JDT di Malaysia, ianya tidak mustahil kerana pasukan itu pernah menandatangani ramai nama besar seperti Patito Rodriguez, Daniel Guiza, serta Pablo Aimar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN