Liga Super: Terengganu Terus Kemarau Tanpa Sebarang Kemenangan

Hasrat Terengganu untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian bawah kendalian Badrul Afzan Razali apabila pasukan itu mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan cabaran daripada PDRM.

Awal perlawanan menyaksikan kedua pasukan tampil seimbang menguasai permainan dengan masing-masing cuba melancarkan serangan ke arah gawang gol lawan untuk mendapatkan jaringan.

Selepas beberapa minit aksi berlangsung, Terengganu nyata lebih dominan di atas padang menerusi intensiti permainan lebih tinggi bersama beberapa peluang turut dicipta.

Sementara PDRM pula menghadapi sedikit kesukaran untuk cepat menyesuaikanndiri dalam permainan sehingga membuka peluang buat lawan lebih banyak menguasai permainan.

Gandingan membabitkan Safawi Rasid, Nelson Bonilla, serta Akhyar Rashid tampil sedikit kurang efektif secara keseluruhan pada separuh masa pertama daripada segi sentuhan akhir walaupun memperoleh banyak peluang.

Sesekali skuad kendalian P. Maniam tampil dengan siri serangan balas pantas untuk cuba menguji konsistensi pertahanan Sang Penyu yang diketuai oleh Suhaimi Husin di bahagian gawang gol.

Pemain Harimau Malaya iaitu Akhyar Rashid antara memiliki momen terbaik untuk mendapatkan gol sulung buat tuan rumah sebelum ia sedikit tersasar keluar.

Selepas hambar beberapa perlawanan lalu, akhirnya Nelson Bonilla berjaya mendapatkan gol sulung beliau di Malaysia pada minit k-43 menerusi sentuhannya yang mudah mengatasi See Tian Keat untuk membawa kelebihan di separuh masa pertama.

Bersambung di separuh masa kedua, Osuchukwu berjaya kembali menyamakan kedudukan buat PDRM pada minit ke-52 menerusi satu tandukan tajam beliau untuk menewaskan Suhaimi Husin.

Tersentak dengan gol tersebut, Sang Penyu cuba meningkatkan lagi intensiti serangan mereka dalam usaha untuk merobohkan kembali benteng pertahanan kebal PDRM.

Memasuki 10 minit terakhir perlawanan, kedua pasukan masih lagi terikat 1-1 dengan tuan rumah jelas begitu terdesak untuk mendapatkan kembali jaringan kedua serta memperoleh keputusan lebih positif.

Keputusan perlawanan kekal dengan Sang Penyu sekadar terikat seri 1-1 bersama PDRM untuk meneruskan lagi siri kemarau kem Terengganu tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan.

Kesebelasan Utama

Terengganu: Mohd Suhaimi Husin (Penjaga Gol), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Manuel Gelito Ott, Nurillo Tukhtasinov, Muhammad Safawi Rasid (Kapten), Muhammad Akram Mahinan, Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Safwan Mazlan, Muhammad Alif Zakaria, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Nelson Wilfredo Bonilla Sanchez

PDRM: See Tian Keat (Penjaga Gol), Muhammad Alif Najmi Shaaini, Faith Friday Obilor (Kapten), Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi, Chidi Emma Osuchukwu, Alif Naquiddin Mohd Shouffi, Izaaq Izhan Yuswardi, Bruno Suzuki, Aremu Timothy Oluwaseun, Mohd Safiee Ahmad, Fadi Mahmoud Awad Saleh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN