ACLE: 3 Pemain Handalan Shanghai Shenhua Perlu Diberi Tumpuan JDT

Saingan AFC Champions League Elite (ACLE) terus bersambung pada hari ini dengan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan salah satu gergasi dari China, Shanghai Shenhua.

Untuk rekod, ia merupakan pertemuan kali kedua membabitkan JDT bersama kelab dari China pada musim ini, selepas Harimau Selatan terikat seri 2-2 sewaktu berdepan Shanghai Port beberapa hari lalu.

Dua jaringan daripada Arif Aiman ketika itu cukup untuk membuktikan wakil dari Malaysia ini bukan lagi pasukan boleh dipandang mudah pada aksi di pentas antarabangsa.

Walaupun begitu, dijangka cabaran hari ini bakal tampil dengan lebih hebat kerana reputasi Shanghai Shenhua sebelum ini berjaya mencipta kemenangan besar 4-1 mengatasi Pohang Steelers (Korea Selatan).

Bagi perlawanan ini, sudah tentu Hector Bidoglio bakal meletakkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk mendapatkan keputusan positif serta menganalisa kekuatan pemain lawan.

Melihat pada aksi ini, kami di Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan Shanghai Shenhua yang tampil menyerlah bersama pasukan serta perlu diberi tumpuan oleh JDT.

Andre Luis

Penyerang dari Brazil ini sudah pun membuka satu akaun jaringan ketika Shanghai Shenhua mengetepikan cabaran Pohang Steelers selain menampilkan aksi cukup berbahaya.

Pada usia 30 tahun, beliau masih mampu mencipta tekanan tinggi kepada pertahanan lawan selain licik menghidu peluang untuk mencipta jaringan.

Rekod semasa beliau musim ini juga menyakinkan apabila Luis sudah pun meledak 17 gol bersama 8 bantuan jaringan daripada 29 penampilan termasuk di pentas ACLE.

Cephas Malele

Seorang lagi penyerang handalan import Shanghai Shenhua yang hadir dengan reputasi cukup besar selaku bekas penyerang kebangsaan Switzerland pada suatu ketika.

Menarik mengenai Malele, beliau dibawa turun selaku pemain simpanan pada separuh masa kedua pada aksi bertemu Pohang Steelers dan berjaya dua gol untuk membuktikan bisa beliau di hadapan gawang lawan.

Malele memiliki pengalaman serta cukup tajam di hadapan gol walaupun mempunyai sedikit sahaja ruang diberikan dan 18 gol telah dihasilkan beliau pada saingan musim ini.

Joao Carlos Teixeira

Jika Shanghai Port memiliki Oscar selaku perancang utama mereka, maka pasukan ini pula mempunyai Teixeira yang menjadi nadi utama kekuatan serangan pasukan tersebut.

Hadir dengan reputasi tinggi bersama kelab-kelab lalu termasuk Liverpool, Teixeira mempunyai kreativiti serta ketajaman tersendiri untuk membezakan beliau bersama pemain lain di atas padang.

Kekuatan utama beliau terarah kepada keupayaan untuk mencipta peluang gol serta bijak menghidu setiap peluang terbuka untuk disudahkan kepada bentuk jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN