Pengendali Shanghai Shenhua Bimbang Akan Kelibat Natxo Insa

Pengendali Shanghai Shenhua iaitu Leonid Slutsky mengakui Natxo Insa sebagai antara pemain tumpuan yang perlu lebih diberi perhatian oleh pasukan tersebut untuk saingan AFC Champions League Elite (ACLE) malam ini.

Terdahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan Shanghai Shenhua hari ini untuk pertemuan membabitkan kelab itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Selepas meraih keputusan seri 2-2 menentang satu lagi wakil dari China iaitu Shanghai Port pada aksi pembukaan mereka, skuad kendalian Hector Bidoglio sekali lagi bakal menghadapi satu aksi getir menentang Shanghai Shenhua pula.

Apa tidaknya, Shanghai Shenhua hadir dengan reputasi cukup tinggi pada aksi pembukaan mereka menerusi kemenangan besar 4-1 mengatasi wakil dari Korea Selatan iaitu Pohang Steelers.

Walaupun begitu, kelab tersebut tetap tampil berwaspada selain menjangkakan aksi sengit mampu diberikan oleh pasukan tuan rumah yang juga merupakan wakil tunggal dari Malaysia itu.

Malah, Slutsky turut mengakui pasukannya sudah pun membuat persediaan cukup rapi untuk menghadapi tentangan daripada JDT pada aksi malam ini.

Beliau juga menganggap dua pemain JDT iaitu Arif Aiman Hanapi serta bekas pemain Harimau Malaya Natxo Insa sebagai tonggak perlu diberi perhatian sepanjang aksi berlangsung.

“Kami tahu JDT merupakan pasukan yang hebat, mereka tidak ubah seperti Shanghai Port dalam saingan Liga Super China, gemar mendominasi permainan dan melakukan serangan dari pelbagai sudut.

“Pemain yang mencuri tumpuan ketika dua-dua bertembung pada aksi pembukaan ACLE semestinya Arif Aiman Hanapi yang meledak dua gol.

“Kami juga perlu berhati-hati dengan kelibat pemain nombor 30, Natxo Insa yang bertindak sebagai jeneral di bahagian tengah,” kata beliau menerusi laporan daripada KOSMO.

Pada masa sama, tonggak utama Shanghai Shenhua yang juga bekas pemain Liverpool iaitu Joao Teixeira mengakui rakan sepasukan lain sudah pun bersedia untuk menghadapi JDT.

“Tidak dinafikan JDT adalah pasukan yang hebat dan kami perlu lebih kompetitif untuk menyaingi kehebatan mereka. Pastinya, kami akan cuba sehabis baik dan beraksi tanpa tekanan.

“Sudah pasti pertembungan esok (malam ini) menjadi perlawanan berintensiti tinggi, bagaimanapun kami sudah bersiap sedia dari setiap sudut. Soal cuaca tidak memberi kami masalah, harapnya dapat jadi yang terbaik,” ujarnya pula.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN