Nikola Jambor Tak Fikir Panjang Untuk Terima Tawaran Hebat Selangor

Selangor secara rasminya kini telah pun memperkenalkan pemain import baharu mereka dari Croatia iaitu Nikola Jambor dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi aspek penguasaan bahagian tengah.

Menerusi media rasmi mereka sebentar tadi, pemain tersebut sah didaftarkan selaku tenaga baharu The Red Giants selepas beliau selepas Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain itu diluluskan.

“Nikola Jambor hari ini diumumkan secara rasmi sebagai pemain tengah terbaru Selangor FC setelah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) beliau telah diluluskan bagi menyertai Gergasi Merah untuk mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025,” jelas laman berkenaan.

Untuk rekod, Niko telah pun memulakan karier beliau dalam dunia bola sepak profesional seawal usia 19 tahun untuk mewakili NK Koprivnica bersama aksi menyakinkan.

“Sepanjang beraksi di tanah kelahiran, kelab paling banyak Niko beraksi adalah bersama Slaven Belupo Koprivnica dalam 66 perlawanan sepanjang dua musim.

“Antara pencapaian terbaik beliau bersama kelab tersebut adalah tempat kedua dalam saingan Croatian Cup 2015/16.

“Pemain berusia 28 tahun ini telah berkelana di beberapa negara sepanjang karier beliau seperti Belgium, Portugal dan Arab Saudi. Rio Ave FC, kelab di Portugal, merupakan kelab paling banyak beliau beraksi iaitu sebanyak 51 perlawanan dari tahun 2018 hingga 2021.

“Selain itu, beliau juga berjaya membuat 27 penampilan bersama Hajer FC sepanjang satu musim di Arab Saudi.

“Pengalaman luas yang beliau miliki dilihat mampu memberi suntikan yang berharga kepada pasukan dalam meneruskan saingan Liga Malaysia dan ACL2 2024/25,” ulas laman tersebut lagi.

Ketika ditanya mengenai tawaran diberikan Selangor buat dirinya beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M), beliau mengakui tidak memerlukan masa untuk berfikir lebih panjang bagi menyertai kelab tersebut.

“Saya ada menerima panggilan daripada ejen saya mengenai tawaran yang telah menarik perhatian penuh saya.

“Rancangan pihak kelab telah disusun dan sejajar dengan objektif serta misi saya, menjadikannya sukar untuk ditolak kerana saya benar-benar teruja untuk bersama keluarga baru ini dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama,” kata beliau.

Pada masa sama, pengendali The Red Giants iaitu Nidzam Jamil turut mengakui saingan lebih tinggi bakal berlaku di posisi tengah kelab tersebut selepas kehadiran Niko kini.

“Saya pasti Nikola akan memberikan saingan yang tinggi  terutamanya di bahagian tengah dalam pasukan. Saingan ini sedikit sebanyak mampu memberikan kesan positif kepada pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan ACL Two musim ini,” kata beliau pula.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN