KDN Galak Penyokong Saksi Siaran Langsung Secara Haram?

Laman rasmi Kelantan Darul Naim (KDN) tampil dengan satu komen yang cukup musykil untuk dibincangkan dengan lebih teliti, selepas mereka seolah menggalakan penyokong untuk menyaksikan siaran langsung secara haram.

Menerusi satu komen di media rasmi mereka, pemilik akaun KDN tampil memberi pandangan untuk para peminat melihat siaran langsung membabitkan pasukan itu sendiri di laman Facebook.

Ini kerana, ada desakan peminat yang menyuarakan hasrat kepada media rasmi KDN untuk memberi pautan kepada aksi membabitkan kelab tersebut menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2024/2025.

“Live Astro 803.. tapi biasa ada hok link dengan FB.. nanti search sahaja..” komen akaun rasmi berkenaan dan mendapat banyak reaksi daripada peminat bola sepak Kelantan.

Lebih mengharukan, ada peminat turut menyertakan pautan siaran langsung tersebut di ruangan komen untuk memberi lebih banyak galakan kepada orang ramai menyaksikannya secara haram.

Selepas diselidiki, laman berkenaan turut mempromosikan pertaruhan judi dan situasi ini jelas tidak baik untuk suasana bola sepak di negara kita jika ia berterusan.

Selain mengganggu ekosistem Astro selaku penyiar rasmi bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, ia juga membuka peluang kepada segelintir penyokong untuk cuba membuat pertaruhan haram menerusi siaran langsung haram tersebut.

Agak pelik bila media rasmi pasukan sendiri yang seolah tampil menggalakan siaran langsung secara haram itu kepada penyokong berbanding menyatakan info lebih telus untuk mereka menyaksikannya secara halal.

Perkongsian siaran langsung secara haram secara nyata sudah pun salah, namun promosi ke arah situasi sebegini masih lagi berlaku dalam kalangan penyokong.

Lebih menyedihkan, ianya seolah digalakkan sendiri oleh media rasmi yang sepatutnya menyalurkan fakta serta penjelasan lebih baik untuk mengharmonikan lagi situasi bola sepak di Malaysia.

Semoga ini menjadi suatu pengajaran sebenarnya untuk media rasmi KDN atau mana-mana kelab untuk tidak terlalu berlembut dengan mencadangkan siaran langsung secara haram seperti di Facebook diteruskan pada masa hadapan.

Solusi kepada permasalahan tidak semua memiliki Astro di rumah sepatutnya tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka boleh sahaja melanggan aplikasi Sooka untuk menyaksikan secara halal.

Ketika ini aksi membabitkan kedua pasukan masih berlangsung dengan masing-masing mempertaruhkan pemain terbaik dalam kesebelasan utama untuk merebut tiga mata penuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN