“Tak Kena Guna Budak Liga Simpanan Untuk Liga Super” – Irfan Bakti

Pengendali berpengalaman negara iaitu Irfan Bakti Abu Salim tampak kurang senang akan situasi yang dihadapi Kedah Darul Aman (Kedah) untuk menggunakan bakat-bakat muda di pentas Liga Super.

Terdahulu, Kedah telah pun membariskan hampir semua pemain berusia 23 tahun ke bawah yang sebelum ini beraksi di pentas Piala MFL bagi mewakili skuad KDA B ke saingan Liga Super.

Pada aksi bertemu Kuala Lumpur City (KL City), Nafuzi Zain terpaksa menggunakan barisan pemain muda untuk menghadapi cabaran lawan dengan menyaksikan mereka tewas 0-5 di Cheras.

Keputusan menggunakan pemain muda ketika itu terpaksa dibuat kerana hampir keseluruhan tonggak senior pasukan itu bertindak untuk memboikot sesi latihan kerana dilaporkan masih tidak mendapat pembayaran gaji sepenuhnya.

Umum mengetahui sebelum ini Sang Kenari merupakan antara kelab yang mengalami krisis kewangan cukup teruk sejak awal saingan berlangsung sehingga tiada penaja utama diumumkan.

Melihat kepada situasi Kedah yang terpaksa menggunakan semua pemain muda ke peringkat lebih tinggi secara mendadak, ianya secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang kepada Irfan Bakti.

Jelas beliau, barisan pemain diturunkan itu masih lagi belum cukup matang untuk dibawa turun belum bersedia bagi berdepan cabaran di pentas tertinggi Malaysia.

Malah, bekas pengendali Kuching City itu turut bersedih dengan situasi dialami Kedah yang masih dibebani isu tunggakan gaji dan menyifatkan masalah tersebut sebagai suatu cukup serius dihadapi.

“Tak kena kita gunakan budak-budak liga simpanan untuk bermain di Liga Super. Kalau ada Liga Perdana sekalipun, mereka tak boleh (main).

“Kita kena sedar taraf kematangan dan mentaliti pemain kita lambat. Mana kita nak cari pemain usia 17 atau 18 tahun main negara sekarang?

“Inilah yang cukup menyedihkan saya tetapi soal jaringan itu bukan persoalannya. Tetapi kenapa gunakan keseluruhan pemain muda dan boikot sehingga ke peringkat ini? Ini maknanya penyakit.

“Saya tengok budak-budak itu main, saya nak menangis. Adakah ini bola sepak kita? Kalau nak katakan sebagai pendedahan, ia bukan secara kolektif, maksudnya kita nampak orang itu (berpotensi), kita naikkan ke atas (skuad utama).

“Ini bukan pendedahan, ini pendarahan apabila kita gunakan satu pasukan yang muda untuk bermain di Liga Super,” kata Irfan menerusi petikan Harian Metro.

Walaupun begitu, laporan terkini menyaksikan situasi tersebut mungkin berubah selepas para pemain utama sudah pun kembali menjalani sesi latihan bersama kelab untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Malah, pemain seperti Ariff Farhan Md Isa dan Rizal Ghazali juga sudah dibawa turun pada aksi lalu bersama KDA B ketika mereka menghadapi cabaran Sri Pahang bagi saingan MFL.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN