Arif Aiman Pintas Joao Cancelo Selaku 5 Penjaring Terbanyak ACL Elite

Nama Arif Aiman Hanapi sebenarnya tidak perlu untuk diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, ekoran kejayaan, reputasi, serta impak telah diberikan beliau buat sukan tersebut di Malaysia.

Walaupun pada awalnya Arif mungkin dilabel selaku ‘jaguh kampung’ kerana impaknya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi banyak bakat-bakat tempatan lain.

Namun, Arif membuktikan mengapa beliau selaku bintang bola sepak paling cemerlang dari Malaysia yang mampu bersinar di pentas antarabangsa termasuk dalam saingan elit.

Musim ini, Arif sekali lagi menjadi pilihan utama JDT untuk menjadi antara tonggak penting di posisi serangan yang membawa cabaran ke pentas AFC Champions League Elite (ACLE).

Selepas penjenamaan semula saingan tersebut, Arif memastikan beliau terlebih dahulu mencipta sejarah selaku pemain pertama Malaysia yang membuka akaun jaringan di pentas tertinggi Asia itu.

Bukan satu, tapi dua jaringan berjaya dihasilkan Arif untuk memastikan JDT dua kali berada di hadapan pasukan tuan rumah dari China iaitu Shanghai Port di gelanggang keramat kelab lawan.

Kejayaan dua gol diledak Arif bukan sahaja meletakkan JDT untuk meraih satu mata berharga di gelanggang lawan, malah melonjakkan saham beliau untuk tersenarai selaku lima penjaring terbanyak semasa kejohanan tersebut.

Menerusi perkongsian Transfermarkt, jumlah jaringan Arif bersama pendahulu penjaring terbanyak semasa ACLE iaitu Jasir Asani hanya dibezakan oleh satu gol sahaja.

Jasir Asani merupakan pemain sayap kanan buat Gwangju FC (Korea Selatan) dan merupakan pemain kebangsaan Albania yang meledak gol di pentas Euro 2024 lalu.

Pada aksi sulung musim ini di pentas ACLE, Jasir telah meledak jaringan hatrik serta satu bantuan gol ketika mereka mengatasi wakil dari Jepun iaitu Yokohama F. Marinos menerusi keputusan 7-3.

Di tangga kedua, merupakan pemain pemain sayap SD Taishan dari China yang juga merupakan tonggak kebangsaan Georgia iaitu Valeri Qazaishvili untuk berkongsi kedudukan bersama Elber (Yokohama F. Marinos), serta Cephas Malele (Shanghai Shenhua FC) sebelum diikuti oleh Arif Aiman untuk berkongsi jumlah dua gol.

Arif juga memintas beberapa nama pemain handalan dunia seperti Joao Cancelo (Al-Hilal), Takuma Nishimura (Yokohama F. Marinos), Serge Milinkovic-Savic (Al-Hilal), Akram Afif (Al-Sadd FC), serta ramai lagi.

Menerusi momentum semasa Arif, dijangka beliau dapat mengatasi rekod musim lalu apabila dirinya hanya meledak tiga gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN