Kedah Berpotensi Jadi Mangsa ‘Belasahan’ Di Liga Super

Kedah Darul Aman (Kedah) dilihat memiliki potensi tinggi untuk menjadi kelab belasahan seperti telah dialami oleh Kelantan The Red Wariorrs (TRW) pada saingan musim ini di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Jika diimbas kembali pada saingan lalu, Kelantan telah pun memecah rekod untuk dibolosi paling banyak gol selain menampilkan aksi yang cukup menyedihkan di pentas Liga Super dengan berbekalkan para pemain muda sahaja.

Menjadi antara kelab yang memiliki isu tunggakan gaji yang cukup teruk, kebanyakan pemain utama mereka berhijrah pada pertengahan musim termasuk tonggak import.

Untuk tahun lalu sahaja, Kelantan telah pun dibolosi sebanyak 121 gol dan situasi tersebut dikhuatiri bakal dialami juga oleh Kedah yang dilihat ke arah masalah sama.

Apa tidaknya, Kedah menjadi antara kelab yang mengalami detik sangat sukar sejak sejak awal musim ini daripada segi kewangan selain menjadi satu-satunya kelab tidak memiliki penaja utama.

Kemuncak pada permasalahan tersebut menyaksikan beberapa pemain utama meninggalkan pasukan itu dengan lebih awal selain ada turut memboikot sesi latihan bawah kendalian Nafuzi Zain.

Disebabkan itu, Nafuzi terpaksa menggunakan barisan pemain muda sahaja untuk dibawa ke pentas Liga Super pada aksi lalu ketika mereka menghadapi cabaran Kuala Lumpur City (KL City).

Hasilnya, Sang Kenari mencatat kekalahan besar 0-5 di tangan pasukan itu dengan turut menampilkan aksi serba kekurangan atas faktor pengalaman cetek dimiliki barisan pemain muda.

Jika dilihat, ianya seolah merupakan sebuah skrip ulangan yang pernah dilakukan oleh Kelantan pada saingan lalu dan kebimbangan mula timbul jika Kedah bakal mengalami nasib lebih kurang musim ini.

Malah, pemerhati bola sepak tempatan iaitu Mohd Sadek Mustafa turut tidak menolak kemungkinan itu selepas melihat kebanyakan kelab lain rancak menandatangani khidmat pemain baharu untuk memantapkan pasukan jika dibandingkan Sang Kenari.

“Kita dapat lihat pasukan JDT, Selangor FC, Terengganu FC dan lain-lain semuanya menunjukkan peningkatan dengan kehadiran pemain berpengalaman.

“Mungkin KDA FC akan menjadi mangsa belasahan seperti apa yang berlaku ke atas Kelantan musim lalu. Saya tak terkejut dan mungkin ia berlaku,” kata beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Malah, Nafuzi Zain juga turut menyuarakan hasrat untuk menambah pemain import jika diberi peluang kerana situasi semasa mereka jelas memerlukannya untuk mengatasi isu kekurangan tonggak utama sebelum itu.

“Saya harap kita dapat selesaikan masalah ini dan kita dapat mendaftarkan pemain baharu untuk menggantikan pemain berkenaan bagi menambah kekuatan pasukan kerana kita memang perlukan beberapa pemain baru.

“Selagi jendela perpindahan pemain masih terbuka, masih ada ruang untuk pemain untuk mencari tempat baru. Dari pihak pengurusan pun kita tahu, mereka bekerja keras untuk menyelesaikan semuanya termasuk mendapatkan pemain baru yang hilang (berpindah).

“Sebab kita tahu jendela perpindahan ini tinggal beberapa hari saja lagi dan ia bukan tempoh yang panjang dan semua benda ini perlu diselesaikan (segera),” ujar Nafuzi

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN