EKSKLUSIF: Aidil Sharin Dedah Faktor Rekrut Hazwan Bakri Buat Kuching City

Pengendali utama Kuching City iaitu Aidil Sharin Sahak mengakui beliau memiliki perancangan jauh selepas pasukan tersebut sah menandatangani khidmat bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri.

Terdahulu, Kuching City sah menandatangani khidmat penyerang itu selepas beliau tidak lagi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha mereka untuk memantapkan lagi barisan hadapan kelab.

Untuk rekod, Hazwan telah pun beraksi sebanyak 83 perlawanan dalam karier serta telah meledak 18 gol bersama satu bantuan jaringan dalam karier profesional.

Untuk skuad utama Harimau Malaya, bekas penyerang Selangor itu turut merekodkan 27 penampilan bersama empat jaringan serta satu bantuan gol.

Menerusi pengalaman serta kualiti lampau dimiliki beliau, sudah tentu ramai mengharapkan Hazwan mampu menaikkan kembali prestasi beliau selaku salah seorang penyerang tempatan digeruni.

Menerusi penjelasan Aidil kepada Semuanya BOLA, pemain tersebut bukan hanya untuk perancangan jangka masa pendek bersama Kuching City.

Malah, beliau sedia memberi lebih banyak masa untuk pemain itu kembali menemui sentuhan terbaik selepas menyedari Hazwan baru sahaja pulih daripada kecederaan berat.

“Mengenai Hazwan, saya mempunyai perancangan lebih jauh dan bukan hanya berkisarkan musim ini sahaja dalam pasukan.

“Kami tahu beliau baru sembuh daripada kecederaan ACL, jadi saya pasti beliau memerlukan masa serta peluang bersesuaian untuk beraksi semula.

“Jadi saya bercakap dengan pengurusan untuk mendapatkan khidmat beliau dan menerusi kualiri serta pengalaman Hazwan saya anggap ia mampu memberi manfaat kepada kelab.

“Malah, Hazwan sendiri mengetahui cabaran bakal dihadapi selepas saya bercakap bersamanya dan beliau perlu menunjukkan kembali kualiti dimiliki kerana posisi itu turut diisi oleh Tchetche Kipre serta Jordan Mintah.

“Berikan beliau masa terlebih dahulu untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan kembali keyakinan pada tahap terbaik dan saya pasti dirinya mampu menyerlah pada pusingan kedua saingan liga nanti,” ujar Aidil kepada kami.

Pada masa sama, Aidil turut menyatakan pasukan itu bakal mendapatkan pemain import baharu untuk menggantikan khidmat Keanu Marsh-Brown serta seorang lagi calon tempatan bersama Kuching City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN