Terengganu Tak Cadang ‘Jatuh Hukum’ Buat Tomislav Steinbruckner

Nampaknya, status pengendali utama Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner bersama kelab tersebut masih lagi selamat untuk mengharungi saingan bersama pada musim ini.

Terdahulu, beberapa desakan timbul dalam kalangan penyokong bola sepak Sang Penyu yang tidak berpuas hati akan prestasi ditampilkan Steinbruckner sejak beberapa aksi lalu.

Menerusi beberapa aksi lemau ditampilkan oleh Terengganu di pentas Liga Malaysia (Liga M), beberapa kritikan timbul mengenai kualiti pengendali dari Croatia itu yang dianggap merudum jika dibandingkan musim lalu.

Malah, kemuncak kemarahan sesetengah penyokong hadir apabila Sang Penyu tewas pada aksi sulung bagi saingan ACC Shopee baru ini membabitkan kelab itu bersama wakil Kemboja, Svay Rieng.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak itu, Terengganu tewas 2-3 kepada pasukan lawan bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Timbul beberapa persoalan selepas itu jika Steinbruckner bakal dikenakan sebarang tindakan oleh pengurusan tertinggi kelab atas keputusan yang kurang memberansangkan sejak beberapa perlawanan lalu.

Namun, Hishamuddin Abdul Karim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak bercadang untuk menggugurkan pengendali itu.

Walaupun begitu, Steinbruckner tetap diminta untuk memberi surat tunjuk sebab atas prestasi kurang memberansangkan yang telah dipamerkan Terengganu di atas padang.

“Berkaitan desakan peminat dengan laungan, ‘Out Tomi’, pihak pengurusan tidak bercadang untuk menghukum jurulatih itu, sebaliknya kita akan terus memberikan peluang kepadanya untuk membuat sesuatu supaya bangkit.

“Lagipun pihak pengurusan sudah memberikan surat tunjuk sebab selain memintanya agar dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan.

“Ini kerana bagi kita beliau perlu diberi ruang untuk bangkit dan tidak boleh terus menghukumnya, namun pada masa sama kita meletakkan harapan yang tinggi agar pihak kejurulatihan dapat memperkasakan lagi pasukan terutama dengan kehadiran penyerang baharu, Nelson Bonilla.

“Buat peminat diharapkan bersabar dan terus menyokong serta berdoa agar pasukan TFC terus berdaya saing dalam baki saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala Shopee,” kata beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Pada pandangan anda, adakah Steinbruckner kekal relevan buat Terengganu bersama percaturan baharu selepas ini untuk mengharungi aksi domestik serta kejohanan ACC Shopee Cup?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN