Safee Sali Salah Faham Isu Boikot Penyokong Ke Stadium?

Bekas penyerang kebangsaan iaitu Safee Sali tampil membuat kenyataan terbaharu mengenai isu boikot yang baru-baru ini dilancarkan oleh sekelompok besar peminat bola sepak tempatan ke stadium.

Boikot itu mula dilancarkan oleh beberapa kelompok Ultras di setiap negeri dengan mereka menyatakan tidak hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi saingan Pestabola Merdeka 2024 demi memberi sokongan.

Melihat kepada perkara itu, Safee telah pun memuat naik sebuah kenyataan mengenai saingan tersebut suatu ketika yang pernah menjadi mangsa boikot penyokong sebelum aksi positif ditampilkan Malaysia memberi kepercayaan kembali buat semua untuk hadir ke stadium.

“Kami menjadi juara selepas pihak FAM memutuskan untuk menghantar skuad B-23 untuk kejohanan ini.

“Keputusan menghantar skuad lebih muda adalah atas kekalahan yg memalukan dalam kejohanan piala Asia dan kita adalah wakil tuan rumah bersama ketika itu.

“Pada mulanya kejohanan ini menjadi serangan “boikot” dari semua peminat bola sepak tempatan. Tetapi kemenangan demi kemenangan yg ditunjukkan sehinggalah kami melangkah ke final, bermulalah kembali aura peminat dtg semula ke stadium pada ketika itu. Stadium penuh semasa final dan kita menjadi JUARA.

“Moral of the story, emosi peminat bolasepak ni mmg ada naik turun. Semasa ada masalah “boikot” tapi bila dah menang, buat2 lupa pasal boikot.

“Pemain pula, hanya memikul tanggungjawab mewakili negara dan persembahkan permainan yg terbaik utk mencapai kemenangan. Selamat maju jaya Harimau Malaya!,” ulas Safee di Instagram.

Tetapi Safee mungkin tampil salah faham akan boikot yang dilancarkan oleh sesetengah peminat Harimau Malaya pada aksi ini, kerana ada asasnya mereka tidak bertujuan untuk melepaskan kepada prestasi semasa kelab.

Tetapi, luahan peminat sebelum ini yang melakukan kempen boikot ke SNBJ bagi saingan Pestabola Merdeka adalah kerana tidak berpuas hati akan pucuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sehingga kini, rata-rata peminat tidak menyalahkan mana-mana pemain Malaysia sehingga tampil boikot pada aksi bakal berlangsung malam ini bertemu Filipina, melainkan segalanya dituju kepada FAM.

Menerusi perkongsian Fina Nasrom selaku wartawan Astro Arena, beliau mengakui jumlah penjualan tiket untuk aksi malam ini baru mencecah 2000 keping sahaja.

Sambutan kali ini jelas berbeza jika dibandingkan pada tahun lalu, dan jelas ia merupakan isyarat daripada penyokong buat pengurusan FAM atas rasa ketidakpuasan hati bukannya ditujukan kepada pemain seperti dinyatakan Safee.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN