FAM Diberi Nasihat Untuk Pujuk Kembali ‘Ekor’ Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah diberi saranan untuk memujuk kembali para penyokong setia Harimau Malaya bagi memeriahkan aksi Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, sambutan untuk aksi Pestabola Merdeka tampil sangat suram apabila jumlah jualan tiket dilaporkan tidak memberansangkan dengan tirai saingan berbaki sehari sahaja lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian sebelum ini, jualan tiket dikatakan tidak mencecah 1000 keping dan ianya berbeza jika dibandingkan pada saingan tahun lalu buat Malaysia.

“Jika diikutkan sememangnya jualan tiket tidak sampai 1,000 keping sehingga semalam. FAM sudah melakukan pelbagai cara untuk mempromosikan jualan tiket supaya penyokong hadir ke stadium.

“Skuad Harimau Malaya memerlukan sokongan
pemain ke-12. Sokongan anda cukup penting dalam memastikan pasukan kebangsaan memperoleh keputusan positif.

“Pemain berjuang demi negara dan janganlah
biarkan mereka keseorangan di atas padang tanpa sorakan penyokong,” kata Datuk Posa Majais selaku Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM.

Melihat kepada situasi tersebut, Mohd Sadek Mustafa selaku Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam serta pemerhati bola sepak tempatan mengakui banyak kesan negatif diperoleh jika jumlah penyokong tampil tidak memberansangkan.

Disebabkan itu beliau menasihatkan supaya FAM perlu memainkan peranan mereka untuk memujuk kembali para penyokong setia hadir ke stadium.

“Kejohanan ini juga membabitkan maruah bola sepak negara selain kesan kepada ekonomi seperti penajaan dan ekonomi hiliran termasuk penjualan jersi dan barangan cendera hati, itu semua akan berkait.

“Isu yang dibawa Ultras adalah mengenai kepimpinan dalam FAM selain beberapa perkara termasuk peletakan jawatan oleh Kim Pan Gon. Jadi FAM kena merendah diri dan berjumpa dengan Ultras Malaya.

“Saya fikir sekarang ini macam mana Datuk Hamidin dan FAM nak menarik rambut dalam tepung supaya rambut tak putus, tepung tidak berselerak. Itu memerlukan sifat kepimpinan yang amat besar.

“Bukan sahaja Ultras Malaya, malah FAM juga harus memujuk kumpulan penyokong atau ultras negeri lain untuk memastikan Harimau Malaya mendapat sokongan pemain ke-12.

“Kalau dekat Eropah, bila pasukan negara beraksi, mereka tak benarkan stadium kosong dan peminat mereka tetap hadir beri sokongan kerana implikasinya terhadap imej,” kata beliau menerusi laporan Berita Harian.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN