Syafiq Ahmad Ada Misi Peribadi Bersama Harimau Malaya

Penyerang berbisa negara, Syafiq Ahmad antara nama pemain kebangsaan yang menjadi tumpuan ramai ekoran nama beliau kembali terpilih untuk mengikuti kem latihan bagi persediaan aksi antarabangsa.

Apa tidaknya, Syafiq antara bintang tempatan yang tersisih sejak begitu lama bersama kem kebangsaan, dan kali ini nama beliau kembali dipanggil untuk memperkukuhkan aspek serangan.

Daripada segi prestasi semasa, jelas Syafiq sedang berada pada momentum terbaik musim ini bersama Kedah Darul Aman (Kedah) selaku tunjang utama kelab tersebut.

Daripada lapan perlawanan diharungi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Syafiq kini sudah pun merekodkan dua gol secara keseluruhan buat Sang Kenari.

Melihat kepada situasi semasa bersama kem Harimau Malaya, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengakui memiliki misi peribadi untuk meledak seberapa banyak gol buat pasukan kebangsaan.

Walaupun begitu, Syafiq tetap meletakkan keutamaan untuk membantu Malaysia meraih keputusan positif pada aksi pertama bertemu Filipina pada saingan Pestabola Merdeka 2024 ini.

Malah, Syafiq juga ingin membuktikan kepada kem kebangsaan yang beliau masih lagi seorang penyerang bersesuaian untuk mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

“Bagi saya persaingan yang baik untuk kita tingkatkan lagi kualiti pasukan Malaysia. Sesiapa pun yang berada di posisi masing-masing perlu buktikan yang kita layak untuk berada dalam kem (Harimau Malaya).

“Misi peribadi saya sebagai penyerang sudah pasti saya mahu menjaringkan seberapa banyak gol.

“Tapi apa yang paling penting adalah saya dapat membantu pasukan, asalkan pasukan menang dalam setiap perlawanan,” kata Syafiq menerusi perkongsian dibuat oleh Berita Harian.

Untuk rekod, Syafiq beraksi di pentas antarabangsa buat kali terakhir pada Mac tahun lalu sewaktu Malaysia menentang Hong Kong, sebelum namanya mula disisihkan.

Walaupun begitu, nama bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini kembali mendapat perhatian pada Mei lalu bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026, sebelum kembali tersisih akibat kesan kecederaan.

Selain Syafiq, Pau Marti Vicente turut mempertaruhkan beberapa lagi penyerang handalan negara iaitu Darren Lok, Romel Morales, serta Haqimi Azim untuk memperkukuhkan barisan hadapan negara sepanjang mengharungi siri Pestabola Merdeka 2024.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN