Ronaldo Beri Bayangan Masa Depan Beliau Selepas Persaraan

Bintang bola sepak Portugal iaitu Cristiano Ronaldo memberi bayangan masa depan beliau sebaik sahaja dirinya bersara dalam dunia bola sepak profesional pada suatu hari nanti.

Menerusi perkongsian dibuat oleh wartawan bola sepak berpengaruh iaitu Fabrizio Romano di media sosial, Ronaldo berkemungkinan berkemungkinan akan menjadikan Al Nassr selaku kelab terakhir diwakili.

Malah, masa depan depan bekas pemain Manchester United itu juga dilaporkan dalam dunia profesional juga mungkin akan terus kekal untuk dua ke tiga tahun akan datang.

“Saya sendiri tidak pasti jika saya akan bersara dalam jangka masa dua atau tiga tahun ini, tetapi kemungkinan juga saya akan menamatkan karier bersama Al Nassr.

“Saya sangat gembira bersama kelab ini dan sentiasa baik-baik sahaja di negara ini juga. Saya suka beraksi di Arab Saudi dan mahu meneruskannya.

“Ianya sukar untuk memikirkan suatu hari nanti saya akan bergelar pengurus bola sepak. Dalam fikiran saya, saya tak pernah mempertimbangkan diri ini menjadi jurulatih buat mana-mana pasukan. Tak pernah terfikir langsung.

“Saya cuma melihat masa depan diri inj melakukan perkara yang tidak membabitkan dunia bola sepak,” ujar Ronaldo menerusi perkongsian Romano.

Semenjak menyertai Al Nassr di pentas bola sepak Asia, Ronaldo telah pun mencipta 67 penampilan secara keseluruhan untuk meledak 61 gol bersama 16 bantuan jaringan.

Selaku penyerang utama, bintang bola sepak dunia ini masih kekal berpengaruh untuk menjadi igauan ngeri buat mana-mana penjaga gol pasukan lawan.

Malah, pemain ini turut menerima pelbagai kejuaraan individu sepanjang bersama Al Nassr seperti status penjaring terbanyak pada saingan musim lalu.

Laporan lain turut menyaksikan Ronaldo mungkin akan terus bersama skuad kebangsaan Portugal pada masa hadapan untuk memberi sumbangan bagi posisi serangan negara berkenaan di pentas antarabangsa.

Terbaharu, bekas tonggak serangan Juventus itu turut mencipta fenomena tersendiri di Youtube apabila beliau mencipta akaun sendiri bersama sejumlah perkongsian video.

Ronaldo tidak mengambil masa yang lama untuk mengumpul pengikut yang ramai apabila laporan terbaharu menyaksikan beliau kini sudah memiliki 48.3 juta ‘subsribers’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN