Nampaknya penyokong bola sepak Selangor terpaksa menerima hakikat Johor Darul Ta’zim (JDT) kini jauh lebih hebat dalam dunia bola sepak tempatan selepas mereka tewas di pentas final Piala FA 2024/2025.
Pada aksi itu, JDT membuktikan mengapa mereka wajar dijulang selaku ‘raja bola sepak Malaysia‘ selepas kualiti permainan ditampilkan terlalu unggul untuk dihadapi Selangor.
Secara keseluruhan, JDT tampak langsung tidak menghadapi masalah untuk menghadapi skuad kendalian Nidzam Jamil dengan mereka begitu selesa mengawal bola serta bertukar hantaran.
Malah, JDT seolah menjadikan Selangor umpama pasukan amatur apabila mereka dengan begitu mudah mendapatkan enam gol sepanjang saingan berlangsung.
Maka, tidak hairan segelintir peminat The Red Giants sedar dan berpijak di bumi nyata menerusi ruangan komen media sosial Facebook semalam sambil mengakui kelemahan pasukan kesayangab mereka.
“Takpe tak rasa kecewa pun, sebab tak nafikan JDT always lebih perform dari kite, masih jauh beza and they are another level, tangkas dan laju, kite slow tempo and harapkan counter aje.
“Nampak nervous and terlalu ikut emosi. Part defend mudah kene goreng bile lawan dgn tempo yang laju, nanti ACL2 tak tau nak cakap ape. Tahniah JDT,” komen Fareez Razali.
“Tahniah dan syabas kepada semua. Walaupun berat rasa hati dengan keputusan ini, namun kita harus berlapang dada dan terima dengan hati yg terbuka. Selepas ini banyak kerja rumah yang harus dilakukan. Selamat maju jaya Selangor FC,” kata Luqman Hakim pula.
“Tahniah buat JDT. Selangor jangan putus asa, pemain-pemain usaha lagi. Tengok titik-titik kelemahan kita dan perbaiki. (pendapat saya) masalah kita pada pertahanan kiri dan kanan. Cuba Support menyerang tapi bocor bila diserang,” ulas Muhammad Hafiz Anuar.
“Level kita jauh sangat dengan JDT. Kita je beria sangat dengan player yang ada. Tahniah dapat Perak malam ni. Banyak yang kena baiki balik. Dengan taktikal macam ni, susah nak pergi jauh,” akui Muhammad Asri.
“Berpijak di bumi yang nyata. Kite masih level Asean. Susah nak lawan kelab level asia, tengok barisan simpanan pun tak de bench yang padu. Target realistik aku, adalah 2nd best after jdt at all competition, cukup baik dah..layak ke ACL 2 tiap-tiap tahun. 3 tahun lepas tu, baru target besar sikit,” jelas Muhammad Haizal.
“Kena terima hakikat. Player JDT lagi tersusun malam ni. Player kita banyak ball watching. Tambah lagi dengan keeper buat hal. Harapkan sorang dua player utk carry satu team. Apa pun tahniah dapat masuk final at least,” kata Amirul Hakim Azman.
Selain itu, beberapa lagi komen turut menyaksikan peminat mahu Selangor kembali bangkit dan memberi fokus seterusnya untuk saingan AFC Champions League 2 (ACL 2) yang membabitkan banyak pasukan handalan Asia lain.