3 Faktor Selangor ‘Tertomoih’ Di Pentas Final Piala FA

Hasrat Selangor untuk menghadiahkan kejuaraan sulung Piala FA musim 2024/2025 tidak kesampaian, apabila pasukan itu mudah diratah Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan penuh 1-6.

Keputusan ini sebenarnya boleh dianggap sebagai sebuah kejutan tidak diduga kerana kualiti dimiliki mereka sebenarnya mampu untuk memberi tentangan sengit buat JDT.

Tetapi entah mengapa segalanya tampil serba tidak menjadi sehingga JDT mudah menghukum The Red Giants bersama jumlah jaringan terlalu mengaibkan di pentas final.

Enam gol JDT masing-masing diledak oleh jaringan hatrik Juan Muniz Gallego, Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva, serta Heberty Fernandes untuk membuktikan ketajaman mereka.

Sementara skuad kendalian Nidzam Jamil hanya memperoleh satu gol sahaja melalui penyerang import mereka musim ini iaitu Alvin Fortes di awal separuh masa kedua.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, kami mengesan beberapa kelemahan ketara yang menjadi asbab Selangor diaibkan Harimau Selatan pada aksi final Piala FA.

Kualiti penjaga gol

Secara keseluruhan, aksi ditampilkan oleh Sam Somerville wajar dipertikai selepas beliau melepaskan sekurangnya tiga gol yang tidak sepatutnya kepada pasukan lawan.

Ini bukan kali pertama Sam menampilkan corak permainan sangat ‘buruk’ kerana sebelum itu beliau pernah melepaskan gol tidak sepatutnya kepada Terengganu menerusi ledakan Safawi Rasid.

Secara keseluruhan, impak negatif ditinggalkan oleh penjaga gol berpengalaman ini kepada Selangor terlalu besar dan kualiti beliau wajar untuk terus dipertikaikan oleh pemerhati bola sepak profesional atau peminat tempatan.

Barisan pertahanan terlalu sambil lewa

Tatkala JDT memberi tekanan-tekanan tinggi buat Selangor untuk mendapatkan gol, agak aneh apabila beberapa kali situasi menyaksikan pertahanan The Red Giants tampil dengan kualiti sambil lewa di atas padang.

Malah kualiti pemain seperti Sharul Nazeem dan Fazly Mazlan dianggap berada pada bawah prestasi sebenar sehingga memudahkan lawan untuk mendominasi kawasan Selangor.

Selain itu, persefahaman antara pemain juga begitu ketara lemah kerana beberapa kali kesilapan pertahanan membuat hantaran berjaya dipintas oleh pemain serangan JDT.

Tiada idea kreatif cipta serangan

Selangor seolah tampil tanpa persediaan lebih kukuh terutama sekali membabitkan aspek serangan mereka untuk mendapatkan gol sejak 90 minit aksi berlangsung.

Pada aksi itu, mereka lebih banyak menggunakan kualiti individu Alvin Fortes untuk cuba mencipta sesuatu positif selain gerakan-gerakan lain begitu mudah diatasi pertahanan lawan.

Malah, kreativiti untuk mencipta kepelbagaian peluang ke arah gol juga tidak nyata dan ini menjadi asbab setiap gerakan dijana mereka gagal memberi kesan lebih positif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN