‘Inspirasi Khemah Mawsim’ – Pembinaan Stadium Terbesar Dunia Telah Bermula

Hasrat untuk seluruh peminat fanatik bola sepak melihat stadium terbesar dunia bakal tercapai kerana proses pembinaannya kini dilaporkan sudah pun bermula untuk mencipta rekod terbaharu.

Stadium yang diberi nama Grand Stade Hassan II itu dikatakan bakal menjadi paling besar di dunia kini dan mampu menempatkan 115,000 penonton pada satu masa menerusi laporan dikeluarkan oleh Amanz.

Lebih menarik, kapasiti itu dikatakan bakal memintas Camp Nou yang menjadi laman rasmi buat kelab gergasi dunia iaitu Barcelona yang sebelum ini mampu menempatkan 105,000 penonton sahaja.

Grand Stade Hassan II itu bakal digunakan pada saingan Piala Dunia 2030 nanti untuk pasukan tuan rumah, Maghribi bersama Portugal dengan rekaan yang diperlihatkan cukup gah.

Pasti ramai tertanya-tanya apakah inspirasi untuk rekaan stadium tersebut nanti yang dikatakan cukup unik dan menonjol walau dilihat dari jarak jauh.

Menerusi laporan dikeluarkan, stadium tersebut mengambil inspirasi daripada khemah perayaan Mawsim yang disambut oleh penduduk tempatan Maghribi sebagai melambangkan imej negara tersebut.

Malah, rekaan stadium tersebut juga bukan melambangkan suatu kebanggaan buat negara tersebut kerana ia turut mempunyai beberapa pengenalan teknologi demi memberi pengalaman positif buat penonton.

“Ia bukan sekadar elemen rekaan kosong tetapi akan menjadi kanopi yang akan melindungi penonton daripada sinar matahari yang panas. Stadium ini direka oleh firma senibina Oualalou + Choi,” jelas laman berkenaan.

Untuk rekod, rekaan ala khemah buat stadium bukan sesuatu yang baharu dalam dunia bola sepak, kerana ia telah digunakan terlebih dahulu oleh Stadium Al Bayt di Qatar buat saingan Piala Dunia 2022.

Malah, stadium tersebut juga turut digunakan ketika saingan Piala Asia 2023 lalu dan dilengkapi oleh pelbagai teknologi serba mewah untuk dirasai para pemain serta penonton sepanjang berada di sana.

“Ini bukan kali pertama khemah tradisi Arab dijadikan inspirasi untuk sebuah stadium bola sepak. Sebelum ini untuk Piala Dunia 2022, Stadium Al Bayt telahpun dibina dengan elemen khemah Badwi,” terang kenyataan itu lagi.

Ketika ini, pembinaan stadium tersebut sudah pun bermula dalam kawasan sebesar 100 hektar yang terletak di bandar El Mansouria berhampiran kota terkemuka Casablanca.

“Piala Dunia 2030 akan menggunakan 17 stadium tetapi Grand Stade Hassan II ialah satu-satunya stadium baharu yang akan dibina. Selepas acara ia digunakan oleh dua pasukan bola sepak liga Maghribi,” kata kenyataan dikeluarkan oleh Amanz akhir sekali.

Sumber:
Amanz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN