Piala FA: Senarai 6 Bintang Tumpuan Untuk Aksi JDT & Selangor

Aksi terakhir Piala FA musim 2024/2025 akhirnya bakal berlangsung pada hari ini untuk menentukan siapa juara dengan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor.

Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini, kedua pasukan dianggap tampil dengan kekuatan tersendiri untuk mempamerkan aksi terbaik sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Malah, masing-masing memiliki pemain kunci tersendiri pada hari ini yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk mencetuskan impak positif di atas padang.

Baik Selangor atau JDT, kami telah pun senaraikan enam pemain tumpuan untuk aksi hari ini yang dijangka bakal memainkan peranan buat kelab diwakili.

Bergson da Silva (JDT)

Seperti diketahui ramai, Bergson merupakan seorang penyerang berbisa yang sangat jarang untuk mengecewakan para peminat menerusi ketajaman beliau di hadapan gawang gol.

Momentum semasa menyaksikan beliau masih segar dengan jaringan hatrik serta dus bantuan gol sewaktu pertemuan Liga Super menentang Kedah Darul Aman (Kedah).

Kelebihan daripada segi ketajaman, lincah, dan kekuatan fizikal milik bintang Brazil ini sudah tentu akan digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi benteng kebal Selangor

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Tiada siapa dapat mempertikaikan kualiti bintang muda JDT ini untuk memberi impak besar di posisi serangan Harimau Selatan sejak beberapa musim lalu lagi.

Pada usia masih muda Arif bukan sahaja tajam di hadapan gol, beliau juga menjadi antara tonggak paling kreatif untuk memberi sumbangan kepada rakan sepasukan lain menyudahkan setiap peluang.

Lincah, memiliki kepantasan cukup baik, serta kualiti hantaran dalam gawang gol sudah tentu Arif bakal dikawal rapi oleh setiap pemain lawan malam ini.

Feroz Baharudin (JDT)

Bintang muda ini menjadi antara faktor utama mengapa benteng pertahanan JDT tampil kebal serta sangat berdisiplin sejak beberapa musim lalu lagi di pentas domestik atau antarabangsa.

Terkenal akan kelasakan serta memiliki kekuatan fizikal cukup baik, Feroz juga merupakan antara pemain sangat berbisa menerusi situasi bola mati.

Tiada sebab mengapa beliau tidak akan dibawa turun oleh Hector Bidoglio dalam senarai kesebelasan utama untuk menyerap segala asakan serangan lawan.

Alvin Fortes (Selangor)

Tatkala Selangor kehilangan bintang Harimau Malaya iaitu Faisal Halim sejak awal saingan liga berlangsung, tampil Alvin untuk menawarkan kualiti terbaik bagi mengisi kekosongan itu.

Alvin yang buat pertama kali beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri serta menjadi salah satu mesin gol buat pasukan berkenaan.

Kualiti Alvin sudah tentu terarah kepada kelincahan, bijak mencipta peluang, serta tajam di hadapan gawang gol menerusi daya sepakan tepat beliau.

Ronnie Fernandez (Selangor)

Bekas penyerang kebangsaan Chile ini mungkin dikritik sebelum itu dalam beberapa perlawanan awal kerana tampil begitu tumpul untuk menghasilkan gol.

Namun, Ronnie menutup kritikan ini dengan tampil begitu konsisten sejak beberapa aksi terbaharu untuk membuktikan dirinya selaku mesin gol paling ditagih oleh para penyokong.

Kekuatan utama Ronnie sejak kebelakangan ini terarah kepada kedudukannya sentiasa tepat menerima umpanan, serta bijak melakukan hantaran-hantaran berbahaya bersama rakan sepasukan untuk mewujudkan peluang gol.

Safuwan Baharudin (Selangor)

Jaringan hatrik beliau ketika membenam cabaran Terengganu di pentas separuh akhir Piala FA pastinya menjadikan diri beliau antara pemain tumpuan buat JDT pada aksi hari ini.

Ketajaman Safuwan jelas dibuktikan begitu baik sekali menerusi situasi sepakan bola mati selain keupayaannya untuk memenangi setiap perebutan bola di udara selaku pertahanan.

Selain itu, Safuwan juga mempunyai kebolehan cukup cemerlang untuk beraksi di beberapa posisi mengikut kesesuaian taktikal diterapkan oleh Nidzam Jamil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN