19 Fakta Menarik Mengenai Aksi Piala FA 2024/2025

Saingan akhir Piala FA 2024/2025 secara rasminya bakal berlangsung pada hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan mempertemukan dua gergasi bola sepak tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Selangor.

Untuk aksi itu, terdapat 19 fakta menarik untuk dikongsikan khas buat seluruh peminat bola sepak di Malaysia sebelum ianya berlangsung pada hari ini menerusi perkongsian oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL):-

  1. Tahun ini merupakan edisi Piala FA yang ke-34, dimana edisi pertama diadakan pada tahun 1990. (Pertandingan ini tidak dianjurkan pada tahun 2021 dan dibatalkan pada tahun 2020 selepas tiga pusingan Piala FA termasuk satu pusingan kelayakan disebabkan pandemik Covid-19
  2. 8 kali beraksi di Pentas Akhir Piala FA dengan 5 kemenangan, Selangor merupakan juara terbanyak dalam pertandingan ini berkongsi takhta dengan Kedah.
  3. Sejak pertandingan ini diadakan, terdapat 14 juara berbeza termasuk 2 pasukan yang akan dipertemukan di Perlawanan Akhir Piala FA musim ini.
  4. Ini merupakan Perlawanan Akhir Piala FA yang ke-14 dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak stadium ini dibuka 26 tahun yang lalu.
  5. 16 pasukan telah beraksi di Piala FA 2024-2025, 13 daripada pasukan Liga Super dan 3 daripada pasukan Liga A1 Semi-Pro.
  6. Hanya sebanyak 21 perlawanan dipertandingkan (termasuk perlawanan akhir) di Piala FA musim ini dengan 78 jaringan daripada 48 penjaring berbeza.
  7. Malaysian University FT menjadi satu-satunya pasukan yang bukan pasukan daripada pasukan Liga Super yang mara ke Suku Akhir Piala FA selepas membenam PDRM FC 3-0 di pusingan-16.
  8. Ini merupakan pertemuan pertama antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SEL) di Perlawanan Akhir Piala FA.
  9. Tahun ini merupakan kali ke-5 JDT beraksi di perlawanan akhir menewaskan Kuala Lumpur City FC (2023), Terengganu FC (2022) dan PKNS FC (2016). Manakala pada tahun pertama JDT di pentas akhir (2013) ini, ditewaskan oleh Kelantan 1-0.
  10. Kali terakhir SEL mara ke final Piala FA adalah pada tahun 2018 menentang pasukan Pahang. Pahang muncul juara Piala FA ketika itu dengan skor 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil ini.
  11. Johor Darul Ta’zim sekali lagi beraksi di perlawanan akhir ini selepas menumbangkan Kuala Lumpur City FC 2-0, tahun lepas. Hong Wan, salah seorang penjaring pada malam itu yang menjaringkan satu-satunya golnya musim lalu di pentas akhir ini.
  12. Hector Bidoglio menjulang Piala FA yang pertamanya ketika mengendalikan pasukan JDT menewaskan Terengganu FC pada tahun 2022.
  13. Romel Morales (JDT) dan Alvin Fortes (SEL) berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Piala FA dengan 5 gol musim ini.
  14. Ini merupakan Perlawanan Akhir Piala FA yang ke-6 buat Safiq Rahim. Empat kali bersama JDT dan satu kali ketika bersama Selangor (2008). Pernah menjulang piala sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga kali tersebut ketika bersama JDT. Safiq Rahim juga pernah menjaringkan gol penyamaan ketika bertemu PKNS FC pada tahun 2016 sebelum Jorge Pereyra Diaz menjaringkan 
gol kemenangan buat JDT.
  15. Manakala buat Matthew Davies, ini merupakan tahun ke-5 beraksi di perlawanan Akhir Piala FA. Matthew Davies yang pernah mewakili Pahang (2017, 2018) dan JDT (2022, 2023) telah menjulang piala ini sebanyak tiga kali (2018, 2022, 2023).
  16. Romel Morales pernah beraksi di perlawanan akhir Piala FA 2023 mewakili Kuala Lumpur City FC menentang pasukannya hari ini.
  17. Khairulazhan Khalid merupakan satu-satunya pemain Selangor FC yang pernah beraksi di pentas Piala FA 2018.
  18. Safuwan Baharuddin dan Faisal Halim menjulang trofi Piala FA ketika bersama Pahang selepas menewaskan pasukan selangor pada tahun 2018.
  19. Selain itu, Azim Al Amin juga pernah mara ke final Piala FA 2023 sebagai penjaga gol simpanan Kuala Lumpur City FC.
Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN