‘Sekadar Berdiam Diri’ – Kem JDT Mula Lancar Perang Psikologi?

Kem Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya tampil dengan persediaan sangat menarik sebelum aksi final Piala FA 2024/2025 berlangsung esok apabila mereka sekadar berdiam diri ketika sesi sidang media sebentadi tadi.

Ia seolah suatu perang psikologi yang dilancarkan oleh pasukan tersebut kepada kelab lawan sebelum tirai saingan bermula pada malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh MakanBola di media sosial Facebook, JDT tidak menurunkan Hector Bidoglio bersama pemain utama dalam sesi sidang media untuk bertemu para wartawan.

Sebaliknya, mereka hanya menghantar pembantu jurulatih Harimau Selatan iaitu Jose Lopez bersama pemain paling jarang dibawa turun beraksi musim ini, Junior Eldstal dalam sesi tersebut.

Malah, soalan-soalan diajukan oleh para petugas media juga tidak dijawab pembantu jurulatih tersebut dengan beliau menyatakan tidak tahu apa-apa mengenai persiapan pasukan.

Malah, Junior Eldstal juga turut bertindak sedemikian dengan beliau seolah merahsiakan segala bentuk persiapan dicipta oleh JDT untuk menghadapi Selangor malam esok.

Jika dilihat pada situasi tersebut, ianya dianggap sangat unik serta menarik kerana pasukan itu berjaya menaikkan lagi suasana final yang akan berlangsung malam esok.

Persiapan misteri pasukan itu sudah tentu kini menjadi persoalan ramai mengenai segala bentuk taktikal bakal dicipta mereka untuk berdepan cabaran Selangor.

Perseteruan kedua pasukan ini bukan lagi suatu yang baharu kerana baik penyokong JDT atau Selangor sering tampil dengan pelbagai bentuk perbincangan dan debat menerusi media sosial.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi selaku juara bertahan Piala FA, sudah tentu JDT enggan melepaskan peluang untuk merebut gelaran hatrik pada malam esok.

Malah, pasukan itu juga dilaporkan tampil tanpa sebarang masalah kecederaan dalam kalangan pemain utama untuk dibawa turun beraksi pada saingan akhir tersebut dengan penyerwng dari Brazil iaitu Bergson, Arif Aiman, serta Heberty dijangka akan menjadi tunjang utama kekuatan mereka.

Rekod pertemuan kedua pasukan ini juga jelas lebih memihak kepada JDT daripada segi statistik kemenangan jika dibandingkan kelab lawan iaitu Selangor di pentas domestik.

Pada pandangan anda, adakah JDT akan terus tampil selaku juara bagi saingan Piala FA pada musim ini untuk membenam cabaran skuad kendalian Nidzam Jamil?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN