Sekadar Ledak 3 Gol Sepanjang Karier, Kualiti Penyerang Baharu Sabah Diragui

Penyerang import baharu Sabah iaitu Joao Pedro secara rasminya telah pun diperkenalkan sebelum ini oleh media rasmi pasukan tersebut dalam usaha untuk memastikan The Rhinos tampil lebih baik pada musim 2024/2025.

Sebelum itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee telah pun melepaskan khidmat bekas penyerang berbisa mereka iaitu Ramon Machado atas persetujuan bersama dan pasukan tersebut mengharungi aksi-aksi seterusnya tanpa pemain itu.

Tanpa Machado, jelas Sabah tampak bergelut daripada segi konsistensi permainan terutama daripada segi kelancaran serta kreativiti mencipta serangan ke arah kubu lawan.

Apa tidaknya sepanjang bersama Sabah, pemain tersebut telah pun merekodkan 18 gol bersama empat bantuan jaringan daripada 27 perlawanan dihadapi untuk menggambarkan betapa pentingnya pemain itu.

Bagi mengisi kekosongan tersebut, pihak pengurusan The Rhinos berjaya mendapatkan seorang lagi penyerang import dari Brazil dan telah pun diperkenalkan beberapa hari lalu iaitu Joao Pedro.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama buat Pedro dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas beliau menyertai beberapa kelab di negara lain termasuk Vietnam.

Pada usia 24 tahun, Pedro sebenarnya telah pun menyertai empat kelab sepanjang karier terutama di Brazil sebelum membuka langkah menyertai saingan utama Vietnam sebelum itu.

Sesuatu agak pelik, apabila Pedro hanya meledak tiga gol sahaja sepanjang beraksi dalam 31 perlawanan peringkat perofesional bersama empat kelab terdahulu.

Kali terakhir Pedro meledak gol pada 30 Mei lalu sewaktu mewakili Viettel FC mengatasi cabaran Hai Phong FC menerusi kemenangan 2-1 di pentas utama Vietnam.

Baki tiga lagi perlawanan diharungi Pedro menyaksikan beliau gagal meledak sebarang gol atau mencipta bantuan jaringan buat rakan sepasukan menerusi data dikeluarkan oleh Transfermarkt.

Malah, hanya bersama Viettel sahaja pemain ini berjaya meledak dua gol daripada 13 penampilan dengan kelab lain menyaksikan pemain tersebut tampil begitu tumpul di hadapan gawang lawan.

Persoalannya kini, adakah Pedro mampu menaikkan reputasi beliau di pentas Liga M atau dirinya akan menjadi beban terbaharu buat pasukan yang kini masih bergelut daripada segi prestasi semasa.

Suka atau tidak, Pedro telah pun ditandatangani kini dan para penyokong tidak memiliki pilihan lain untuk mengharapkan ketajaman beliau diperbaiki bersama Sabah bagi mengharungi saingan liga masih panjang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN