Terengganu Bakal Dapatkan Penyerang Tulen Baharu Sebagai Teman Akinade?

Terengganu nampaknya mungkin akan menjadi pasukan seterusnya yang bakal menandatangani khidmat penyerang import baharu menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super akan datang.

Perjalanan semasa Terengganu kini sebenarnya boleh dianggap sedikit goyah, apabila jentera serangan mereka tampil serba tidak menjadi sehingga memberi kesan kepada keputusan akhir perlawanan.

Disebabkan itu, Sang Penyu kini dilaporkan bakal menandatangani seorang lagi penyerang import baharu dalam usaha untuk penambah baikan di posisi tersebut yang setakat ini hanya diperkuatkan oleh pemain dari Nigeria, Ismaheel Akinade.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Hishamuddin Abdul Karim, beliau telah pun melihat laporan dan mengenal masalah dihadapi Sang Penyu kini.

“Kesempatan berada di Terengganu, saya singgah sekejap di pejabat Terengganu FC bagi mendapatkan laporan semasa kelab dan pasukan untuk mengikuti lebih dekat permasalahan yang perlu untuk diberikan perhatian.

“Ada beberapa perkara yang telah pun disampaikan oleh pihak pasukan melalui Ketua Jurulatih kepada pihak pengurusan kelab. Antaranya ialah, pasukan belum berjaya memiliki penyerang tulen yang sangat berperanan buat masa ini.

“Ketiadaan Ivan Mamut yang mengalami kecederaan membantutkan perjalanan pasukan. Keperluan seorang penyerang tulen amat diharapkan untuk pasukan buat masa ini. Hasrat ini telah dibentangkan kepada pihak Lembaga Pengarah dan hari ini saya mengambil laporan terkini perjalanan untuk melengkapkan permohonan pihak Ketua Jurulatih.

“Pemilihan pemain ini telah dibuat secara bersama dengan pihak kejurulatihan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pemilihan tempohari. Kelulusan juga telah diberikan untuk menyokong kebangkitan pasukan bagi mengisi tambahan seorang penyerang import semasa tempoh jendela perpindahan kedua pertengahan musim Liga Malaysia pada 26 Ogos 2024 ini.

“Keputusan ini dicapai atas hasrat barisan kejurulatihan berdasarkan corak, gaya dan keperluan pasukan. Perincian maklumat pemain ini dan pengumuman rasmi akan dimaklumkan melalui laman rasmi kelab. Ia akan dimaklumkan setelah selesai pemeriksaan kesihatan, kecederaan dan kecergasan pemain. Seterusnya menyempurnakan perjanjian kontrak.

“Dalam tempoh untuk berdepan dalam saingan Asean Club Championship 2024/25 dan baki perlawanan yang ada untuk Liga Super pusingan pertama, saya menyeru semua untuk terus memberikan sokongan kepada pihak pasukan dan sama-sama menyokong Ketua Jurulatih bagi mengendalikan pasukan ini sebaik yang mungkin.

“Teguran dan kritikan semua pihak sentiasa diambil perhatian oleh pihak pengurusan kelab dan sentiasa dibincangkan bersama dengan pihak pasukan untuk melihat peningkatan yang dicapai dalam mengharungi cabaran musim ini,” jelas beliau di Facebook.

Terdahulu, sekelompok besar penyokong Sang Penyu meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas pasukan kesayangan mereka tampil bersama kualiti kurang menyakinkan.

‘Tomi Out’ Antara Tekanan Penyokong Buat Pengurusan Terengganu

Antara dipertikaikan termasuk kualiti penyudah kelab serta kredibiliti pengendali Terengganu musim ini, Tomislav Steinbruckner dalam menyusun taktikal lebih ampuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN