Pemain Muda Penang Jadi Mangsa Buli & Hinaan Oleh Penyokong?

Pengarah Teknikal Penang iaitu Merzagua Abderrazzak meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui para pemain muda pasukan tersebut menjadi mangsa buli serta dihina oleh segelintir penyokong.

Luahan itu dibuat sendiri oleh beliau menerusi media sosial Facebook Penang dengan meluahkan kekesalan tersebut atas sikap segelintir penyokong yang menyasarkan pemain muda pasukan itu.

“Kami melihat satu budaya yang membimbangkan di mana beberapa penyokong terus-meners mengeluarkan kata-kata kasar dan membuli pemain PFC III (U20) dan PFC V (U18) Penang FC.

“Pemain-pemain muda ini telah dipilih berdasarkan potensi mereka walaupun mempunyai pengalaman yang terhad, datang dari latar belakang yang kurang berkemampuan dan sedang berusaha keras untuk meningkatkan kemahiran bola sepak mereka.

“Peranan kami adalah untuk menyokong dan membangunkan pemain-pemain muda ini, membantu mereka berkembang baik di dalam mahupun di luar padang. Kami komited untuk memupuk bakat mereka dan menyediakan kelengkapan yang mereka perlukan untuk berjaya.

“Walau bagaimanapun, tingkah laku negatif dan menyakitkan hati dari segelintir penyokong bukan sahaja mengecewakan tetapi juga kontraproduktif. Tindakan seperti ini merosakkan keyakinan pemain dan boleh membuat mereka mempersoalkan cinta mereka terhadap sukan bolasepak.

“Adalah penting untuk memberi maklum balas yang membina dan bukannya kritikan melampau. Dorongan positif dari penyokong adalah penting untuk membantu mereka berkembang dan berjaya.

“Kata-kata negatif dan membuli hanya mencipta suasana toksik yang memberi kesan kepada prestasi dan kesejahteraan mereka. Kami menggesa semua orang untuk memikirkan kesan kata-kata dan tindakan mereka. Marilah kita bersatu untuk mewujudkan suasana sokongan positif bagi pemain muda ini, memastikan mereka dapat berkembang dan mencapai potensi penuh mereka.

“Dengan bekerjasama semua, kita boleh membantu mereka membina minat yang berkekalan terhadap sukan bolasepak ini,” jelas Merzagua di Facebook rasmi Penang.

Perkongsian itu mendapat banyak maklum balas daripada peminat di media sosial dengan beberapa saranan turut diberikan buat bintang muda selain kecaman buat mereka yang membuli serta menghina.

Menerusi keadaan semasa skuad pembangunan Penang, jelas pasukan itu mengalami isu daripada konsistensi untuk mengekalkan keputusan terbaik menerusi beberapa kekalahan sering dilakar mereka.

Keadaan ini menjadikan beberapa penyokong di media sosial tampil tidak berpuas hati sehingga memberi kritikan berbaur hinaan kepada pemain muda itu menerusi media sosial atau di stadium.

Keputusan terbaharu menyaksikan Penang IV mencatat kekalahan 2-3 kepada MSC Touchtronics FC di saingan Piala Belia ketika aksi berlangsung di Stadium Bandaraya dan mencetuskan beberapa rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.

Walaupun begitu, apa dikatakan oleh Merzagua dianggap sangat tepat kerana pemain muda Penang kali ini dipilih dalam kalangan mereka yang tidak memiliki pengalaman luas dalam dunia bola sepak.

Maka, ia menjadi tugas penting buat kejurulatihan serta Merzagua sendiri untuk memastikan perjalanan pemain muda ini dibentuk menjadi lebih baik sebagai pelapis buat skuad utama masa akan datang.

Kami di Semuanya BOLA juga turut menyeru supaya situasi buli dan menghina ini dapat dihentikan dalam kalangan penyokong untuk membentuk suasana lebih sihat buat pembangunan bola sepak pada masa akan datang.

Sumber:
Penang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN