‘Tomi Out’ Antara Tekanan Penyokong Buat Pengurusan Terengganu

Sejak kebelakangan ini, nama pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner sering menjadi perhatian ramai dalam kalangan penyokong Sang Penyu setelah pasukan tersebut mengharungi beberapa siri perlawanan.

Tampil selaku pengendali Terengganu sejak tahun lalu, pastinya ramai penyokong mengharapkan musim kedua Steinbruckner bersama kelab itu mampu menjadi lebih baik menerusi persiapan dibuat.

Apatah lagi Sang Penyu tampil begitu menyerlah menerusi keputusan perlawanan yang sangat baik ketika pramusim sebelum ini selain corak permainan juga dianggap semakin menyakinkan.

Penambahan pemain baharu seperti bintang Harimau Malaya iaitu Akhyar Rashid, Safawi Rasid, serta penyerang import berkaliber musim lalu, Ismaheel Akinade, sudah tentu ia menjadi suatu tumpuan dalam kalangan peminat.

Namun, sejak kebelakangan ini prestasi semasa Sang Penyu tidak seperti diharapkan dengan kadangkala pasukan tersebut beraksi seolah tiada hala tuju sebenar di atas padang.

Bermula dengan siri kekalahan besar 0-4 Sang Penyu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), beberapa pertikaian mula timbul tentang persediaan mereka untuk menghadapi lawan sekuat itu.

Tidak lama kemudian, Terengganu juga terpaksa berhempas pula sebelum mencipta kemenangan tipis 3-2 mengatasi Negeri Sembilan di laman sendiri.

Pertikaian terus ditimbulkan oleh sekelompok penyokong Terengganu, apabila mereka mencipta kekalahan 1-4 kepada Selangor di pentas separuh akhir Piala FA 2024/2025.

Kegagalan untuk mara ke final serta cuba mendapatkan salah satu slot ke pentas Asia musim hadapan menjadikan Steinbruckner sebagai sasaran kemarahan para penyokong.

Paling mengecewakan sekali peminat terus tidak berpuas hati akan corak permainan ditampilkan Sang Penyu yang dianggap tidak mempunyai identiti walaupun merekodkan kemenangan 2-0 mengatasi Kuala Lumpur City (KL City).

Kemuncaknya, Steinbruckner gagal memastikan skuad itu meraih tiga mata penuh serta mempamerkan corak permainan mengecewakan sewaktu menentang Sri Pahang.

Laungan, “Tomi Out” kini mula menjadi semakin tular di media sosial dalam kalangan penyokong yang mahu perubahan lebih segar di posisi kejurulatihan berbanding Steinbruckner.

Hadir dengan rantaian pemain berkualiti serta import berkaliber, maka tidak hairan ramai penyokong Terengganu bising kini akan kelemahan Steinbruckner untuk memberi gambaran taktikal lebih jelas buat pasukan.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN