‘Keadaan Kedah Makin Meruncing’ – Siapa Perlu Dipersalahkan Sebenarnya?

Kedah Darul Aman (Kedah) sebenarnya boleh dianggap sebagai antara pasukan paling malang pada musim ini dengan pelbagai masalah dihadapi mereka daripada sudut atas padang serta dalaman.

Menerusi dua kekalahan terbaharu mereka di tangan Johor Darul Ta’zim (JD) baru-baru ini, segelintir peminat mula menyalahkan pelbagai pihak dengan mereka mahu perubahan segera perlu dilakukan.

Malah, bekas pemain Selangor yang kini beraksi kembali buat Kedah iaitu Halim Saari turut memuat naik kenyataan berbaur kecewa akan situasi semasa sedang dihadapi mereka kini.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Arena HijauKuning, beberapa persoalan dan pendedahan telah dibuat sebagai gambaran semasa isu dalaman dihadapi Sang Kenari kini.

Musim 2024 – Kegagalan Siapa Hingga Sayap Kenari Hampir Rebah Ke Bumi

“Perjalanan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) tahun 2024 kali ini terusdan terus mencabar, dengan perlawanan ke-7 dan pencapaian ke separuh akhir Piala FA dipenuhi liku liku berduri.

“Dari isu tunggakan gaji, tiada penaja utama dan banyak lagi kalau nak dihuraikan.

 Menurut sumber dipercayai, pengurusan KDA ada mencipta beberapa cadangan dan proposal kepada sejumlah jenama besar untuk menjadi penaja utama. Orangina contohnya, di mana silapnya dalam perbincangan?

“Sumber tersebut juga ada menyebut ada seorang Ahli Parlimen, juga ada hasrat untuk membantu pasukan secara peribadi dengan dana yang besar. Di mana silapnya perbincangan yang juga diadakan di lobi parlimen pada bulan Julai lalu?

“Semalam, pemain ada memuat naik beberapa kenyataan di media sosial, berkenaan situasi semasa, namun penyokong lebih bertindak agresif dengan memberi komen-komen pedas dan sinis terhadap mereka.

“Percayalah bermain tanpa gaji di musim 2024 ini cukup mencabar, dengan komitmen kewangan dan keluarga diketepikan demi kelab. Buat masa sekarang, pada pendapat penulis kita perlu lebih menyokong usaha kelab dengan sepenuh jiwa menerusi pembelian merchandise dan hadir ke stadium.

“Sokonglah pasukan walau dalam apa jua keadaan pun, dan pada 2024 ni tak banyak pasukan yang mampu bertahan akan keadaan liga melalui situasi kewangan meruncing kini. Kalau depa takdak untuk sumbang kederat di padang tinggai sapa dah lagi nanti?

“Kita paham sentimen dan faktor penyokong yang tak semua mampu hadir dan beri sokongan tapi janganlah kita semberono untuk terus serang pemain dan pengurusan.

“Ada faktor lain yang mungkin kita sebagai fans taktau dalam pengurusan tu.

Lagi satu KDA, cemana buat damage control? Takkan nak “Stand Your Ground”, dengan “Revenge” ja?

“Mana two way communications bersama penyokong? Mana CSR dengan mereka? Bagilah peminat dekat dengan para pemain sama, dari segi video dan lain lain approach.

“Bagi kreatif la sikit. Media kan? “Blending in fans is the way to go“, bukan buat distancing dengan poster saja.

Kita sembang sikit-sikit dulu petang ni. Cool guys. Sikit-sikit ja kita buh.

“Akhir kalam, di sebalik prestasi pasukan yang terkini, kita ucapkan terima kasih pada mereka yang setia dan menyokong!,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal menghadapi cabaran Negeri Sembilan dan sudah tentu perubahan positif ditagih demi membuktikan Kedah masih lagi bernafas di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Sumber:
Arena HijauKuning

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN