Milos Gordic Wajar Disalin Atau Terus Kekal Bersama Kedah?

Nama penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic antara yang mendapat kritikan penyokong Sang Kenari kini di media sosial selepas pasukan tersebut mencipta kekalahan besar 0-6 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu, Sang Kenari merekodkan kekalahan besar mereka buat julung kali musim ini kepada JDT bagi aksi Liga Super menerusi keputusan 0-6 dalam aksi berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Ianya juga merupakan kekalahan buat kali kedua di tangan JDT berturut-turut di gelanggang sama setelah rekod sebelum ini menyaksikan Kedah tewas 0-4 kepada pasukan tersebut.

Dua kekalahan itu menyaksikan Kedah telah pun dibolosi 10 gol serta tiada sebarang jaringan langsung mampu dicipta pasukan kendalian Nafuzi Zain itu.

Melihat kepada keputusan teruk tersebut, jelas ia menimbulkan kemarahan segelintir besar peminat di media sosial yang sakit hati dengan beberapa perkara.

Antara diluahkan termasuk isu kualiti beberapa pemain import yang dianggap sebagai beban buat pasukan musim ini sehingga tiada sebarang keputusan positif mampu disumbangkan mereka buat pasukan.

Kualiti Milos Gordic paling banyak menerima pertikaian setelah beliau gagal memberi sebarang impak positif buat pasukan setelah mengharungi banyak perlawanan musim ini bersama Kedah.

Beraksi di posisi serangan, kemuncak kemarahan penyokong kebanyakan terarah kepada beliau yang dianggap tidak mampu memberi sebarang sumbangan penting buat rakan sepasukan lain menghasilkan sesuatu.

Malah, ada juga turut mempertikaikan sikap pengurusan kelab yang menandatangani beliau bersama Sang Kenari walaupun menyedari rekod Milos pada saingan lalu cukup menyedihkan.

Rekod semasa menyaksikan Milos telah pun diberi peluang sebanyak 11 perlawanan dengan beliau hanya mampu merekodkan satu gol bersama satu bantuan jaringan sahaja.

Untuk kuota import, Milos dianggap gagal menepati piawaian diinginkan kerana selain statistik kurang baik dilakukan beliau, secara keseluruhan impak di atas padang juga langsung tidak dirasai.

Kenapa Penyokong Kedah Perlu Bersyukur Akan Kualiti Semasa Milos Gordic?

Persoalannya kini, adakah Milos perlu kekal atau perlu ditukar pada jendela perpindahan kedua?

Suka atau tidak, rombakan perlu dibuat oleh Kedah dengan mereka harus menyingkirkan nama Milos pada jendela perpindahan akan datang atau staf kejurulatihan perlu memberi sesi latihan khas untuk menaikkan kualiti pemain tersebut.

Jika tidak, nama pemain berusia 31 tahun ini pastinya akan terus disebut-sebut dalam kalangan peminat kerana kualiti lemau dibawa beliau buat Kedah musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN