Tanpa Ahapov, Sri Pahang Bakal Turunkan Senjata Sebenar Untuk ‘Usik’ Sabah

Sri Pahang dilaporkan sudah pun membuat persiapan begitu rapi sebelum menghadapi cabaran Sabah bagi saingan Liga Super musim 2024/2025 malam ini bagi mendapatkan keputusan lebih positif.

Tanpa kelibat penyerang import iaitu Mykola Ahapov yang menerima kad merah pada aksi lalu, sudah tentu Fandi Ahmad memiliki perancangan baharu untuk menajamkan lagi posisi hadapan pasukan tersebut.

Terdahulu, Ahapov dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Selangor dengan menyaksikan beberapa rombakan baharu perlu dilakukan bagi mengharungi aksi akan datang.

Melihat Sabah yang mencipta kekalahan pada aksi lalu, sudah tentu Fandi ingin menggunakan kelebihan tersebut untuk merekodkan kemenangan atau mengelak daripada keciciran mata di laman sendiri.

Apatah lagi Fandi sendiri mengakui ia sebagai suatu kelebihan buat Tok Gajah setelah melihat prestasi tidak konsisten dipamerkan oleh Sabah pada aksi lalu.

“Setakat ini, Sri Pahang hanya menang sekali ketika menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium MPT dan selepas itu tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC dan seri 1-1 dengan Selangor di halaman sendiri.

“Oleh itu, saya saya harap perlawanan keempat di Stadium MPT malam esok akan menjadi milik pasukan untuk memperbaiki kedudukan lebih baik berbanding berada di kedudukan ke-10 ketika ini.

“Kami tidak boleh lagi hilang mata di halaman sendiri dan dua keputusan seri berturut-turut yang diraih sebelum ini diharap mampu diterjemahkan dengan kejayaan mengutip tiga mata.

“Bagaimanapun, pemain perlu lebih waspada dengan kemampuan Sabah dan segala peluang yang ada perlu dimanfaatkan untuk mengelak dikecewakan,” kata pengendali berpengalaman itu menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi juga mengesahkan penyerang berbisa mereka iaitu Kpah Sherman bakal disenaraikan pada aksi hari ini untuk menjadi antara penggempur utama hadapi Sabah.

Sebelum ini, Sherman terpaksa diketepikan pada aksi bertemu Selangor kerana beliau dilaporkan mengalami kecederaan dan ia jelas memberi kesan buat serangan Sri Pahang.

“Sherman sudah kembali berlatih sejak seminggu lalu dan dia dilihat cukup bersemangat untuk menjaringkan gol kerana masih belum berbuat demikian selepas enam perlawanan.

“Sesi latihan juga lebih menumpukan kepada bahagian serangan yang dilihat begitu tumpul hingga menjejaskan keputusan perlawanan.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat menurunkan Mykola Ahapov kerana digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Selangor 31 Julai lalu,” jelas beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN