Malaysia Dipilih Jadi Tuan Rumah Buat Palestin Menentang Jordan

Malaysia secara rasminya terpilih selaku tuan rumah bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan pertemuan antara Palestin menentang Jordan pada bulan hadapan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Ianya dinyatakan sendiri menerusi kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi setelah perbincangan dibuat membabitkan antara Datuk Haji Hamidin Mohd Amin selaku presiden FAM bersama Persatuan Bolasepak Palestin (PFA).

“Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin baru-baru ini.

“PFA sebelum itu mencari venue yang sesuai untuk dijadikan gelangang neutral atau gelanggang sendiri mereka bagi aksi kedua Kumpulan B, Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.

“Selepas perbincangan, kata sepakat telah dicapai antara FAM dan PFA yang mana Datuk Haji Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA bersetuju untuk menawarkan venue neutral di Malaysia dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipilih,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, FAM juga menganggap ia sebagai suatu penghormatan besar buat mereka kerana nama Malaysia terpilih untuk diberi kepercayaan oleh Palestin selaku gelanggang neutral mereka.

“FAM menyifatkan ia satu penghormatan yang cukup besar buat Malaysia kerana menjadi satu-satunya negara yang diberikan kepercayaan oleh Palestin untuk menjadi gelanggang neutral buat pasukan kebangsaan mereka.

“Malah, FAM berasa bertuah kerana PFA memilih untuk mengadakan aksi pertama pasukan kebangsaan mereka di gelanggang sendiri dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Malaysia.

“Pada masa sama, FAM akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang pasukan kebangsaan Palestin berada di negara ini.

“Untuk rekod, Malaysia sebelum ini pernah menjadi venue neutral bagi aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Oktober 2017.

“Terdahulu, Palestin melakar sejarah apabila berjaya menempah slot ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama selepas meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Lubnan di Doha, Qatar pada 7 Jun lalu.

“Pada Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Palestin diundi berada dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, Iraq, Oman, Kuwait selain Jordan.

“Kejayaan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 itu juga sekali gus menyaksikan Palestin yang dibimbing Makram Daboud layak secara automatik ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN