Pemain Indonesia Gembira Dipinjamkan Ke Kelab Divisyen 3 England

Hasrat untuk melihat pemain kebangsaan Indonesia, Elkan Baggott beraksi di pentas English Premier League (EPL) nampaknya tidak kesampaian apabila beliau sekali lagi dipinjamkan kelabnya iaitu Ipswich Town ke divisyen lebih rendah.

Walaupun begitu, Baggott jelas sangat gembira apabila dirinya kini sah menyertai Blackpool dalam saingan EFL League One di yang juga merupakan divisyen ketiga di England.

Untuk rekod, Ipswich Town bakal beraksi dalam saingan EPL musim ini dan sebelum itu sudah pun ada ura-ura khidmat Baggott tidak diperlukan pasukan berkenaan dengan beliau sekali lagi bakal dipinjamkan.

Ini bukan detik pertama kali buat Baggott untuk dipinjamkan oleh Ipswich Town kerana kesukaran terpaksa dihadapi bintang muda Indonesia itu untuk mendapat tempat dalam kelab berkenaan.

Sejak Baggott menandatangani kontrak pada tahun 2021 bersama Ipswich Town, beliau lebih banyak dipinjamkan ke kelab-kelab divisyen lebih rendah dalam tujuan untuk mendapatkan minit permainan mencukupi.

Dalam tempoh tiga tahun, pertahanan muda Sang Garuda ini sudah dipinjamkan sebanyak empat kali untuk mewakili kelab berbeza dengan prestasi tersendiri.

Baggott lebih banyak menghabiskan masa beliau bersama Bristol Rovers di pentas EFL League One musim lalu dengan status pinjaman berbanding Ipswich Town.

Malah musim lalu Baggott hanya diberi peluang beraksi sebanyak empat kali sahaja oleh Ipswich Town untuk memperkukuhkan jentera pertahanan sebelum dipinjamkan kepada Bristol Rovers.

Di pentas EFL League One, Baggott telah mencipta 14 penampilan secara keseluruhan serta berjaya menghasilkan satu jaringan buat Bristol Rovers.

Penyertaan bersama Blackpool kini menjadikan pemain Sang Garuda itu sangat gembira dan beliau berpeluang untuk terus menjadi pilihan utama buat pasukan berkenaan bagi saingan hadapan.

“Sungguh, ianya merupakan sesuatu yang luar biasa apabila saya berada di sini dan saya sangat bersemangat untuk memainkan peranan di sini dan berharap ia merupakan musim yang gemilang buat pasukan.

“Saya telah pun mengadakan perbincangan bersama Pengarah Teknikal kelab selama beberapa minggu terakhir merangkumi cara permainan kelab dan ianya sangat positif.

“Malah, saya kenal beberapa pemain di sini dan mereka menyatakan hal yang positif. Saya ternanti-nanti musim mendatang dan tak sabar mulakannya,” ulas Baggott menerusi perkongsian Detik.com.

Sumber:
Detik.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN