Senarai 10 Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia (Kemaskini 2024)

Dunia bola sepak kini bukan sahaja terarah kepada kemahiran pemain di atas padang, tetapi ia juga mengenai kekayaan dimiliki mereka daripada segi aset peribadi.

Untuk tahun 2024, kami telah pun menyenaraikan 10 pemain bola sepak terkaya di dunia dengan meletakkan banyak nama terkenal serta telah mengumpul harta begitu banyak sehingga sukar dijangka manusia biasa.

10. Ronaldo Luís Nazário – RM730 Juta (USD 160 Juta)

Ronaldo adalah pemain legenda bola sepak di Brazil dan telah dikenali sebagai salah satu penyerang terbaik dalam sejarah. Kekayaannya datang daripada karier cemerlang dan pelaburan yang bijak dilakukan sebelum serta selepas bersara.

9. Wayne Rooney – RM760 Juta (USD 170 Juta)

Rooney adakah bekas bintang utama Manchester United dan beliau telah memenangi pelbagai trofi kejuaraan semasa kariernya. Setelah bersara, dia tidak mengambil masa yang lama untuk terlibat dalam dunia bola sepak sebagai pengurus.

8. Kylian Mbappé – RM810 Juta (USD 180 Juta)

Pemain muda Perancis ini telah mencipta nama di Paris Saint-Germain (PSG) dan di pentas antarabangsa, menjadikannya salah satu pemain paling berharga sehingga kini dirinya sah menyertai Real Madrid bagi saingan hadapan.

7. Zlatan Ibrahimović – RM830 Juta (USD 190 Juta)

Ibrahimović, yang terkenal dengan gaya permainan unik serta ego di atas padang telah bermain untuk pelbagai kelab terkemuka dan terus menjana pendapatan melalui kontrak dan pengiklanan.

6. Neymar Jr. – RM870 Juta (USD 200 Juta)

Pemain kebangsaan Brazil ini juga antara paling kaya dalam dunia bola sepak profesional serta masih aktif  selain dirinya terkenal menerusi kemahiran dan gaya permainan yang menarik perhatian peminat di seluruh dunia.

5. Dave Whelan – RM940 Juta (USD 210 Juta)

Whelan, bekas pemain dan pemilik Wigan Athletic, telah mengumpul kekayaan melalui perniagaan dan pelaburan dalam sukan selain memiliki rangkaian perniagaan.

4. David Beckham – RM2 Bilion (USD 450 Juta)

Beckham, ikon global, telah membina jenama peribadi yang berjaya selepas bersara, termasuk perniagaan dalam fesyen dan sukan selain tampil begitu hebat ketika aktif dalam dunia bola sepak profesional suatu ketika bersama England.

3. Cristiano Ronaldo – RM2.2 Bilion (USD 500 Juta)

Siapa sahaja tidak kenal akan bintang Portugal iaitu Ronaldo yang kini bermain untuk Al Nassr dan terus menjadi salah satu atlet dengan pendapatan tertinggi melalui gaji dan pengiklanan.

2. Lionel Messi – RM2.7 Bilion (USD 600 Juta)

Messi, yang kini bersama Inter Miami, telah memecahkan pelbagai rekod dan menjadi salah satu pemain terbaik sepanjang zaman selain mengumpul kekayaan menerusi pengiklanan serta gaji dimiliki beliau.

1. Faiq Bolkiah – RM92.6 Bilion (USD 20 Bilion)

Faiq Bolkiah, pemain dari Brunei, menduduki tempat teratas dengan kekayaan yang luar biasa, hasil daripada warisan keluarganya yang sangat kaya dari kesultanan negara tersebut.

Selepas beliau sah menyertai dalam dunia bola sepak profesional, dirinya terus kekal selaku pemain bola sepak terkaya di dunia serta dipertahankan sejak beberapa tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN