Kualiti Brendan Gan Raih Pujian Pengendali KL City

Pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Miroslav Kuljanac nyata gembira dengan prestasi telah ditampilkan oleh salah seorang pemain baharu ditandatangani beliau musim ini iaitu Brendan Gan.

Gan mencipta sensasi pada musim 2024/2025 selepas beliau menyertai KL City buat pertama kali setelah mewakili Selangor selama beberapa musim dengan rekod cukup menyakinkan.

Selepas tampil beraksi dalam beberapa perlawanan domestik musim ini bersama KL City, kelibat Gan akhirnya berjaya mendapat pujian penuh daripada Kuljanac yang bertindak selaku jurulatih pasukan itu.

Jelas Kuljanac, kesungguhan dipamerkan oleh bintang Harimau Malaya itu sangat ketara selepas pemain tersebut pulih daripada kecederaan.

Sebelum ini, Gan terpaksa diketepikan dalam dua perlawanan terdahulu selepas beliau mengalami kecederaan dan dirinya tidak mengambil masa lama untuk memberikan impak pada aksi terbaharu berdepan Sabah.

Malah, pengendali berpengalaman itu juga mengakui tonggak Malaysia tersebut tampil dengan kesungguhan tinggi ketika fasa pemulihan supaya diberi peluang beraksi dengan pantas.

Paling ketara, Gan sendiri berjaya menampilkan corak permainan berkualiti ketika mengawal posisi tengah KL City sewaktu berdepan cabaran Sabah sepanjang aksi berlangsung.

“Saya gembira dia telah kembali dan cukup cergas apabila beraksi sebentar tadi (semalam).

“Dia merupakan pemain yang sangat penting untuk pasukan ini dan telah bermain dengan cukup baik apabila dah kembali dengan rakan pemain lain.

“Saya pun sentiasa berkomunikasi dengan Brendan dan dia sendiri yang cakap, dia dah bersedia untuk beraksi, jadi saya tahu dia memang betul-betul dah sedia.

“Brendan tahu macam mana nak jaga diri dia dan saya harap pemain-pemain muda lain boleh ambil contoh dengan kesungguhan dia berusaha untuk pulih dengan cepat”, jelasnya menerusi perkongsian dibuat oleh Malaysia Football League (MFL).

Pada masa sama, Kuljanac juga mengakui aksi selepas ini membabitkan KL City berdepan Terengganu pastinya akan lebih sukar dan pelan perancangan awal bakal dibuat untuk menghadapinya.

“Kita ada lebih kurang 10 hari untuk buat persiapan dan saya kena bersedia dengan perancangan lebih serius kerana Terengganu FC adalah kelab yang bagus.

“Tempoh hari mereka menang ke atas Negeri Sembilan FC, dan sekarang mata kami adalah sama iaitu 11 mata, jadi ini bukan senang”, tambahnya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN