Obi Mikel: Nigeria Bukan Pilihan Kedua Selepas England

Bekas pemain kebangsaan Nigeria iaitu John Obi Mikel tampil memberi sedikit kritikan yang boleh dianggap cukup pedas kepada sikap pemain-pemain generasi kini dalam sebuah program podcast beberapa jam lalu.

Menerusi program podcast yang bernama The Obi One Podcast, bekas legenda Chelsea itu telah memberi kritikan kepada segelintir pemain muda yang enggan untuk mewakili Nigeria dan cuba mendapatkan tempat di negara lain.

Jika dilihat, ‘trend’ tersebut cukup popular kini dengan kebanyakan pemain muda dari benua Afrika lebih cenderung untuk cuba beraksi dan mendapat kerakyatan bersama negara besar bola sepak seperti England serta Perancis.

Disebabkan itu, negara asal mereka seperti Nigeria dianggap sebagai pilihan kedua jika umur mereka semakin meningkat atau mereka terus gagal mendapat peluang dipanggil negara lain.

Tampil tidak berpuas hati dengan keadaan itu, John Obi hadir memberi kritikan mengenai sikap pemain-pemain masa kini yang enggan menjadikan Nigeria sebagai pilihan utama.

“Saya dah bercakap banyak mengenai pemain yang yang tidak ingin mewakili asal usul dari negara Afrika sebelum ini.

“Kami adakan pertemuan bersama anak-anak ini dan ibu bapa mereka sendiri dan saya berkata: dengar sini, ayah kamu adalah orang Nigeria, ibu kamu dari Nigeria dan kenapa kami tak mahu wakili negara asal iaitu Nigeria?

“Jawapan diterima pula: kami ingin bermain untuk England, Perancis dan negara-negara lain selain Nigeria.

“Kemudian mereka tunggu, menunggu dan terus menunggu sehingga mereka menginjak usia 25 atau 26 dan mereka tidak mendapat panggilan ke skuad kebangsaan England, dan barulah mereka menghubungi Nigeria.

“Kami tak boleh dilayan sebagai pilihan kedua. Kami bukan pilihan pilihan kedua. Kamu patut bangga dengan asal kelahiran dari Afrika, dan sepatutnya berbangga untuk mewakili negara Afrika anda.

“Saya mahu pemain terbaik untuk beraksi di Afrika. Jadi lebih baik anda buat keputusan dan kekal dengan pendirian tersebut.

“Jika anda tentukan untuk beraksi bersama England, kekalkannya. Duduk dan tunggu. Jika tak dapat panggilan maknanya anda tak layak. Tetapi jangan tunggu sehingga umur 29 atau 30 bila anda dah lepasi tahap terbaik atau apapun baru anda ingin kembali beraksi untuk skuad kebangsaan Nigeria,” kata Obi Mikel.

Segala kritikan tersebut dianggap cukup tepat dan melihat kepada situasi bola sepak Malaysia kini, kita sepatutnya lebih tegas untuk tidak membiarkan mana-mana pemain menjadikan Harimau Malaya sebagai pilihan kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN