17 Gol Dari 3 Perlawanan, Bukti Pelapis Harimau Malaya Kian Berbisa

Skuad Harimau Malaya bawah 19 (B-19) secara rasminya berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir bagi siri Kejuaraan B-19 Asean 2024 yang telah diadakan di Indonesia bersama catatan cukup menyakinkan.

Bawah kendalian Juan Torres Garrido, skuad pelapis Malaysia boleh dikatakan serba serbi lengkap di segenap posisi serta hadir dengan persediaan terbaik untuk menjulang nama negara.

Terbaharu, Malaysia B-19 berjaya bangkit untuk kembali mengikat Thailand 1-1 bagi perlawanan terakhir Kumpulan C sekali gus mengesahkan diri mereka di kedudukan teratas dan mara ke separuh akhir.

Walaupun terlebih dahulu bolos menerusi jaringan awal pemain lawan iaitu Caelan Tanadon di minit keempat, Harimau Malaya jelas tidak menyerah kalah serta mencipta kebangkitan di babak kedua melalui jaringan penyamaan oleh ayam tambatan, G. Pavithran.

Tidak terhenti setakat itu, skuad kendalian Juan Torres terus melipat gandakan usaha untuk mencari gol pendahuluan demi meraih tiga mata terakhir yang boleh disifatkan cukup penting.

Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan dengan keputusan kekal sehingga ke wisel terakhir sekali gus menjadikan Malaysia dan Thailand terikat daripada jumlah pungutan mata.

Namun, Malaysia dinobatkan selaku juara Kumpulan C apabila mereka tampil berkelebihan daripada segi jumlah pungutan gol jika dibandingkan oleh pasukan lawan.

Keputusan ini jelas sangat membanggakan peminat bola sepak tempatan yang melihat sinar buat Harimau Malaya masih lagi cerah untuk mempamerkan taring di pentas antarabangsa.

Apatah lagi catatan direkodkan oleh Malaysia sepanjang mengharungi tiga perlawanan ini juga jelas begitu memberansangkan di segenap sudut untuk dibincangkan.

Sepanjang mengharungi tiga perlawanan, posisi serangan negara boleh dianggap cukup ampuh menerusi 17 jaringan telah diledak mereka termasuk pesta gol sewaktu menewaskan Brunei pada aksi pembukaan.

Lebih manis, Malaysia juga hanya dibolosi satu jaringan sahaja iaitu ketika berdepan Thailand sebentar tadi selain konsisten kebal pada dua aksi lalu.

Pemain paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Pavithran yang sudah pun merekodkan empat gol daripada tiga perlawanan dihadapi selain tampil dengan kualiti permainan mengujakan.

Untuk aksi seterusnya, sudah tentu ramai mengharapkan supaya kejayaan terus dijulang Malaysia serta mereka mampu mencipta rekod ke pentas akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN