Faisal Halim Cipta ‘Cameo’ Untuk Filem Harimau Malaya: The Untold Journey

Faisal Halim tidak dinafikan lagi merupakan antara bintang bola sepak paling terkenal di Malaysia ekoran prestasi ditampilkan dirinya di atas padang serta personaliti beliau dekat kepada peminat.

Terbaharu, Faisal dilaporkan turut mencipta penampilan khas dalam filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Afdlin Shauki.

Dalam filem tersebut turut menampilkan ramai pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Selain barisan artis diperkenalkan dalam trailer filem tersebut, kemunculan Faisal Halim pada penghujungnya menjadi kejutan buat ramai netizen di media sosial selain beberapa dialog turut dilontarkannya.

“Penyokong sejati selalunya terima kekalahan pasukan ataupun menang, itu baru namanya penyokong sejati,” jelas Faisal dalam filem tersebut kepada Hazama.

Lebih menarik, Faisal dijangka memainkan peranan selaku salah seorang staf AEON Big menerusi pakaian dikenakan beliau dalam filem tersebut bersebelahan seorang lagi pelakon lain.

Filem tersebut dilaporkan bakal menemui para peminat pada bulan Ogos ini dengan Afdlin terlebih dahulu menyatakan ia bergenrekan fiksyen dan mengambil inspirasi kejayaan Harimau Malaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023.

Beberapa pengenalan watak lain menjadi tumpuan pastinya terarah kepada mantan jurulatih Malaysia iaitu Kim Pan-gon kerana pelakon tersebut dikatakan agak mirip seperti pengendali dari Korea Selatan tersebut.

Sebelum ini, Faisal juga sudah pun menceburi dunia hiburan apabila beliau turut mencipta penampilan khas buat sitkom, Sepahtu Reunion dan membawa watak sebagai seorang jururawat.

Kehadiran beliau dalam rancangan tersebut jelas mendapat sorakan padu para penonton kerana Faisal dilihat langsung tidak kekok menjayakan watak telah diberi walau di hadapan ramai penonton.

Ketika ini, penyerang Selangor itu masih lagi sedang menjalani tempoh pemulihan selepas beliau mengalami kecederaan agak teruk akibat simbahan asid beberapa bulan lalu.

Menerusi tayangan trailer tersebut, ia sedikit sebanyak mampu mengubat kerinduan para peminat buat Faisal yang sudah lama tidak memberi keceriaan di atas padang menerusi keletah serta sentuhannya.

Pada pandangan anda pula, adakah pemain Harimau Malaya lain juga bakal membuat penampilan khas dalam filem tersebut selain Faisal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN