Malaysia Bakal Tampil Dengan Corak Permainan Ala Barcelona?

Pau Marti Vicente kini secara rasminya dilantik selaku pengendali baharu skuad Harimau Malaya untuk menggantikan khidmat ditinggalkan oleh Kim Pan-gon selepas beliau melepaskan jawatan tersebut sebelum itu.

Nama Pau Marti sebenarnya bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia kerana beliau merupakan pembantu kepada Kim sebelum itu buat skuad kebangsaan.

Menyertai pasukan kejurulatihan negara sejak tahun 2022, sudah tentu Pau Marti sudah mengenali selok belok dunia bola sepak Malaysia termasuk kesesuaian daripada segi corak permainan.

Malah, beliau sendiri memiliki kepakaran serta pengalaman tinggi sebelum ini ketika bersama Barcelona selain memiliki lesen profesional dari UEFA untuk membuktikan Pau Marti juga bukan calang-calang jurulatih.

Rekod beliau sebelum itu menyaksikan Pau Marti pernah bersama skuad pembangunan Barcelona di Sepanyol sebagai pembantu jurulatih yang bertindak mengembangkan bakat-bakat muda berkualiti.

Menerusi pengalaman beliau di Barcelona sebelum ini, pastinya ramai mengharapkan supaya corak permainan berkualiti ala kelab tersebut mampu diterjemahkan Pau Marti pada masa hadapan.

Apatah lagi impak positif ditinggalkan Kim sebelum itu sudah pastinya tidak ingin dihentikan momentum tersebut terutama sekali dalam usaha negara untuk cuba sekali lagi melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Walaupun sekadar memangku jawatan tersebut, Pau Marti sebenarnya memiliki tugas cukup besar tidak lama lagi kerana Harimau Malaya bakal menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka.

Hadir dengan status naib juara tahun lalu, sudah tentu kebanyakan penyokong meletakkan harapan tinggi supaya Pau Marti mampu untuk menjulang nama Malaysid di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Melihat kepada kredibiliti dimiliki Pau Marti, ianya diakui sendiri oleh Kim yang pernah menjadikan beliau sebagai pembantu sebelum ini di kem kebangsaan.

Menurut Kim, jurulatih dari Sepanyol itu memiliki IQ cukup tinggi selaku seorang jurulatih untuk mencatur taktikal serta corak permainan berkualiti di atas padang.

“Pau Marti mempunyai kepakaran tersendiri, seorang yang bijak. Kelayakan cukup tinggi dari (pernah melatih) Barcelona, Sepanyol.

“Jadi kami gunakan pengetahuannya untuk memacu pasukan negara. Saya fikir beliau sememangnya layak untuk dilantik sebagai jurulatih. Saya yakin beliau boleh membimbing pasukan ke tahap dimahukan,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN