Media Indonesia Label Bintang Selangor Selaku ‘Wonderkid’ Di Pentas AFF B-19

Media Indonesia iaitu Bola.com tampil meletakkan bintang muda Selangor berbakat besar iaitu Muhammad Bin Abu Khalil selaku antara senarai ‘wonderkid’ yang akan mengharungi kejohanan Piala AFF bawah 19 (B-19) nanti.

Kejohanan Piala AFF B-19 bakal membuka tirai pada 17 Julai ini di Surabaya, Indonesia dengan membabitkan 12 pasukan sekitar Asia Tenggara serta dipecahkan kepada tiga kumpulan.

Menerusi laporan media tersebut, tujuh pemain muda setiap negara dijangka bakal memainkan peranan penting sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Untuk Malaysia, nama Muhammad telah pun dipilih Bola.com selaku antara ‘wonderkid’ yang akan berentap di kejohanan Piala AFF B-19 selain beberapa lagi bintang muda lain.

“Nama Muhammad Abu Khalil dicanang-canang sebagai pemain tumpuan utama buat Malaysia pada saingan edisi kali ini.

“Ini kerana beliau sudah pun memiliki pengalaman beraksi buat skuad utama Selangor pada musim 2023 ketika usia masih lagi muda.

“Muhammad kini juga sedang menyambung karier di Jepun bersama Osaka FC dengan status pinjaman daripada Selangor. Pengalaman dimiliki beliau itu pastinya meningkatkan kemampuan pemain tersebut di posisi tengah,” ulas laman berkenaan.

Untuk rekod, Muhammad merupakan salah satu tonggak utama buat pasukan kebangsaan bawah 23 (B-23) yang baru sahaja berusia 19 tahun dengan potensi cukup besar.

Pada usia masih muda, dirinya telah pun diberi peluang oleh Juan Torres Garrido untuk beraksi dalam saingan Piala Asia Bawah 23 (B-23) di Qatar selaku pemain tengah bertahan buat Harimau Malaya.

Selain itu, bintang muda Selangor ini juga sudah pun diberi peluang beraksi buat pasukan senior kelab itu sebanyak beberapa perlawanan bersama kualiti cukup menyakinkan di atas padang.

Rekod musim lalu menyaksikan Muhammad telah pun beraksi sebanyak 18 perlawanan di pentas saingan MFL sebelum dipanggil menyertai pasukan senior di Liga Super.

Laporan terkini telah pun menyatakan Muhammad secara rasmi dipinjamkan kepada Osaka menerusi laman Selangor di media sosial dan meraih banyak komen positif dalam kalangan pengguna media sosial.

Untuk saingan ini, Malaysia telah pun diletakkan dalam Kumpulan C bersama Singapura, Brunei, sedta pasukan pilihan iaitu Thailand.

Di Kumpulan A menyaksikan tuan rumah iaitu Sang Garuda bakal membuat perhitungan bersama Timor Leste, Kemboja serta Filipina.

Manakala untuk Kumpulan B pula membabitkan Laos, Vietnam, Myanmar serta Australia yang dianggap sebagai sangat sengit untuk dihadapi.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN