Marin Pilj: “Saya Kerap Jaring Gol Jarak Jauh Sejak Usia Remaja”

Pemain import Terengganu iaitu Marin Pilj kini antara nama yang kerap disebut dalam kalangan peminat selepas impak positif diberikannya buat pasukan tersebut sejak awal musim 2024/2025.

Pilj ditandatangani Terengganu sebelum itu dalam usaha pasukan tersebut untuk mendapatkan pengganti di jentera tengah iaitu Habib Haroon yang menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) pada musim ini.

Impak Pilj di atas padang mula dipuji selepas sentuhan kreatifnya pada awal pramusim jelas begitu memberansangkan ketika Sang Penyu mengharungi beberapa aksi persahabatan.

Momentum tersebut diteruskan lagi ketika ini, apabila kualiti penyudah pemain kelahiran Croatia itu jelas semakin menyerlah dalam setiap perlawanan dihadapi.

Pakar sepakan jarak jauh itu setakat ini telah pun meledak tiga gol daripada enam perlawanan membabitkan dirinya bersama Terengganu di pentas domestik.

Jaringan terbaharu beliau ketika aksi suku akhir kedua Piala FA 2024/2025 antara paling mencuri tumpuan kini selepas beliau terus meletakkan Sang Penyu selesa untuk menafikan Sabah di gelanggang lawan pada penghujung separuh masa kedua.

Ketika ditanya rahsia di sebalik kehebatan beliau meledak gol daripada jarak jauh, Pilj mengakui ianya disebabkan oleh latihan berterusan sejak usia remaja.

“Latihan sepakan percuma secara berterusan sejak remaja adalah faktor utama saya mampu lakukan jaringan sedemikian.

“Tiga jaringan jarak jauh termasuk sepakan percuma ketika bertemu Sabah FC pada Sabtu lalu tidak semudah untuk dilakukan sebagaimana yang disaksikan.

“Namun itu semua terhasil disebabkan latihan sepakan jarak jauh yang saya lakukan secara berterusan bermula di peringkat remaja lagi.

“Ketika usia itu (remaja) saya kerap menjaringkan gol melalui sepakan jarak jauh, bagaimanapun saya tegaskan ada kalanya faktor posisi dan corak permainan pasukan juga turut mempengaruhi untuk menjaringkan gol dalam situasi itu.

“Jika berpeluang, saya mahu meneruskan momentum untuk menjaringkan gol, lagipun ketika bersama kelab lama, saya juga pernah menjaringkan gol jarak jauh,” kata Pilj menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Menerusi momentum semasa pemain itu yang semakin berbisa daripada segi kualiti penyudah, sudah tentu Steinbruckner akan terus mengharapkan beliau untuk aksi Liga Super akan datang bersama Terengganu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN