Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Stanley Bernard dilaporkan telah merahsiakan sebelum ini mengenai isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh para pemain sejak berbulan lalu.
Menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro, pucuk kepimpinan tertinggi pasukan itu mengakui terkejut bila mengetahui ada pemain KL City mengalami isu tunggakan gaji sehingga tujuh bulan lamanya seperti dihadapi oleh Paulo Josue.
Menurut pemain kelahiran dari Brazil itu sebelum ini, tunggakan pasukan tersebut masih lagi belum diselesaikan selepas tujuh bulan dan nasib lebih kurang serupa turut dialami rakan sepasukan lain.
Malah, pemain tonggak Harimau Malaya itu turut mengakui dirinya sudah lupa sejak kali terakhir pasukan tersebut membuat pembayaran gaji kepadanya untuk menyatakan ia sudah berlarutan sejak begitu lama.
Ketika ini, Josue mengakui beliau meneruskan kehidupan semasa dengan hanya berbekalkan wang simpanan sahaja setelah tiada sebarang pendapatan daripada kelab tersebut.
Laporan terbaharu menyatakan Stanley tidak menyatakan secara terperinci mengenai tunggakan gaji dihadapi kelab tersebut ketika pembentangan dalam mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) seolah tiada sebarang masalah dihadapi oleh KL City.
Syed Yazid Syed Omar sendiri selaku Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd terkejut selepas mengetahui perkara tersebut selepas pendedahan telah dibuat oleh Paulo Josue.
Untuk menyelesaikan kemelut tersebut, pengurusan kelab bakal mengadakan pertemuan bersama beberapa pihak tertentu demi mengelak prestasi KL City terjejas di persaingan Liga Super.
“Saya akan berjumpa dengan barisan pemain untuk mengetahui lebih jelas lagi tunggakan gaji yang melanda pasukan.
“Mungkin setiap pemain tunggakan gaji berlainan dan agak mengejutkan apabila tonggak KL City Paulo Josue tidak dibayar hingga tujuh bulan.
“Stanley tak pernah nyatakan tunggakan gaji sebanyak ini (tujuh bulan) malah situasi sama juga ketika mesyuarat Exco KLFA” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Arena Metro.
“Bayaran gaji tertunggak sudah sepenuhnya dilunaskan” – CEO KL City, Stanley Bernard
Stanley kongsi, KL City dah bersiap sedia untuk harungi musim baru selepas kesemua tunggakan dibayar sebelum deadline iaitu 30 Mac ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/oQw0AdILBW
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) March 29, 2024
Rekod KL City sebenarnya memang sudah tidak begitu baik sejak musim lalu selepas mereka terpalit dengan tunggakan gaji sehingga menjejaskan prestasi semasa pasukan.
Persoalannya kini, mengapa Stanley tidak melaporkannya ketika pembentangan bersama pucuk kepimpinan tertinggi kelab sehingga ada pemain menderita tanpa gaji selama tujuh bulan seperti Josue?
Malah, beliau sendiri pernah mengakui bayaran tunggakan gaji pada tahun lalu telah pun diselesaikan sejak 30 Mac, sebelum Josue mendedahkan segalanya.
Pandangan anda?