Satu video tular di media sosial dengan menyaksikan siri keganasan baharu sekali lagi hampir berlaku dalam dunia bola sepak tempatan di pentas akar umbi sebelum ianya sempat dihentikan.
Menurut perkongsian dibuat oleh RonKemar yang merupakan pengasas Kakijersi di media sosial X, satu video memaparkan seorang lelaki memegang sebatang besi dengan bertujuan untuk memukul pengadil perlawanan dari tepi padang.
Namun, usaha lelaki tersebut berjaya digagalkan oleh beberapa petugas RELA dan dirinya terus berlegar dari kawasan tepi padang seolah masih tidak berpuas hati.
Mengikut kata RonKemar, lelaki itu kurang berpuas hati kerana anaknya mendapat layangan kad merah pada satu perlawanan yang masih lagi ketika itu sedang berlangsung.
Anak kena red card kau nak amik batang besi pukul ref.
Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak2 tunjuk perangai xsemenggah. Pundek betul mak bapak macam ni.
Kalau aku jadi coach aku perhambat keluar je player tu. Menyusahkan 😡 pic.twitter.com/tDhSdl8Pxc
— RonKemar (@ronramka) July 8, 2024
“Anak kena red card kau nak amik batang besi pukul ref. Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak-anak tunjuk perangai tak semenggah. Pundek betul mak bapak macam ni.
“Kalau aku jadi coach aku perhambat keluar je player tu. Menyusahkan,” ujar beliau yang jelas tidak berpuas hati akan kejadian tersebut.
Di ruangan komen, ramai netizen yang turut tampil tidak berpuas hati dengan perlakuan dibuat oleh si bapa tersebut yang dianggap hanya memalukan industri bola sepak akar umbi.
“Lol. Baik bawa anak tu main guli je. Takde kad-kad merah,” ulas PuraPuraMike akan kejadian tersebut di ruangan komen,
“Dulu ayah ayah tengok anak lawan bola takda la emo macam ni, ayah ayah sekarang cepat koyak,” komen Syazwan pula.
“Dulu pernah dapat red card masa perlawanan sekolah rendah. Balik bagitahu ayah aku. Terus ayah aku balas, “Kau pandai main bola ke tak?” Kata Alfie.
“Abenda kau pakcik? Bukan main Liga Pro anak kau tu. Beria nak bawak besi. Samseng betul?” jelas Sdmafndy tidak berpuas hati akan perkara dilakukan oleh lelaki tersebut.
“Padan la anak dpt red card kalau bapak pon perangai mcm tu? bajet samseng kampung takleh terusik langsung baik balik rumah main tanam jagung je,” sindir Reez pula.
“Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Kalau bapak nya bingainya mcm ni, anaknya tak pelik klau tak ikut main dpt kad,” pendapat daripada Blakie.
Pada pandangan kami pula, kejadian sebegini tidak perlu dibuat oleh individu dewasa terutama sekali seseorang yang bergelar bapa.
Perbuatan tersebut bukan sahaja bakal memalukan diri sendiri, malah tindakan undang-undang juga boleh diambil jika ianya tidak dihalang selain memberi pengajaran terburuk kepada si anak.
Pendapat anda?