Piala FA: Kedah Miliki Segala Kelebihan Untuk Ke Separuh Akhir

Kedah Darul Aman (Kedah) kini boleh dianggap sudah pun berada sebelah kaki untuk melayakkan diri mereka ke pentas separuh akhir bagi saingan Piala FA musim 2024/2025.

Terdahulu, Sang Kenari telah pun mencipta kejayaan 1-0 ke atas Penang dalam aksi yang berlangsung di gelanggang lawan dengan persembahan ditampilkan cukup sengit.

Satu jaringan yang terhasil menerusi pemain gantian, Hasbullah cukup untuk meletakkn skuad kendalian Nafuzi Zain kini selangkah ke pusingan separuh akhir.

Dalam aksi yang bakal berlangsung hari ini, tiba giliran Kedah pula untuk melayan kunjungan pasukan lawan dengan ianya akan berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Star.

Melihat kepada situasi semasa, jelas Kedah lebih memiliki kelebihan untuk mengatasi Penang daripada pelbagai sudut termasuk pengaruh di halaman sendiri.

Jangkaan kami, para peminat Kedah akan hadir memenuhi stadium pada aksi tersebut demi melihat perlawanan derbi utara buat kali ketiga berturut-turut musim ini yang sentiasa menjanjikan kehangatan serta kontroversi di atas padang.

Apatah lagi seruan turut dilancarkan laman rasmi pasukan berkenaan untuk meniup semangat buat penyokong supaya membanjiri stadium demi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.

Daripada segi moral, jelas ianya juga berpihak buat Kedah yang setakat ini berada pada tahap terbaik selepas kejayaan mereka mengatasi Penang sebanyak dua kali berturut-turut di gelanggang lawan.

Ianya turut disokong oleh berita positif ditampilkan oleh pemilik Kedah iaitu Datuk Dr Daud Bin Bakar dengan beliau menyatakan keadaan semasa pasukan tersebut semakin baik daripada segi ekonomi serta bakal mendapat jersi baharu tidak lama lagi.

Melihat kepada senarai pemain pula, rata-rata pemain utama dilaporkan tidak mengalami sebarang isu kecederaan termasuk penyerang Harimau Malaya iaitu Syafiq Ahmad dilihat sedia dibawa turun beraksi.

Pemain import seperti Ebenezer Assifuah, Sukhroub Nurullaev, Sony Norde, dan lain-lain juga dikatakan tidak mengalami sebarang masalah untuk dibawa turun berdepan cabaran Penang.

Terarah kepada kem pasukan pelawat pula, Akmal Rizal Rakhli yang bertindak selaku pengendali penang masih lagi memiliki peluang mencipta kejayaan mengatasi Kedah walaupun dianggap sedikit sukar.

Ianya disebabkan kesan kekalahan dua kali berturut-turut dilakar Penang ketika berdepan pasukan kendalian Nafuzi Zain dan moral pemain sudah tentu perlu diperbaiki.

Apatah lagi Penang juga tampil dengan serba kekurangan daripada segi kualiti import untuk memastikan persaingan lebih sengit dapat dicipta mereka di gelanggang pasukan lawan.

Apapun, ianya masih lagi belum boleh diputuskan dengan Kedah juga perlu berwaspada akan kejutan mungkin boleh dicipta oleh Akmal Rizal pada aksi hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN