Giliran Pemain Penang Pula Pamer Isyarat Lucah Di Atas Padang

Saingan Piala FA membabitkan Penang dan Kedah Darul Aman (Kedah) sebelum ini telah dihiasi dengan pelbagai kontroversi dengan membabitkan para pemain kedua pasukan serta pengadil bertugas.

Namun, paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada aksi kurang sopan dipamerkan oleh salah seorang pemain Penang di posisi pertahanan iaitu Fairuz Zakaria.

Fairuz telah pun mencetuskan kontroversi pada aksi tersebut, apabila pertahanan Penang itu menunjukkan isyarat lucah selepas diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Pertahanan kental itu telah diarah keluar padang selepas beliau menerima layangan kad kuning kedua perlawanan yang memerlukan pengadil untuk memberi kad merah, sekali gus menyaksikan tuan rumah beraksi dengan hanya 10 pemain sahaja.

Tidak cukup dengan layangan kad merah, kelakuan Fairuz pada ketika itu juga boleh dianggap cukup beremosi kerana ada kekasaran turut dilakukan pemain itu kepada Habib Haroon.

Kejadian tersebut berlaku di penghujung separuh masa kedua perlawanan dengan Fairuz ketika itu dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain gantian Kedah, Zamri Pin.

Ianya tidak berakhir di situ, apabila Fairuz turut menolak muka pemain import pelawat, Habib Haroon serta menujah badan pengadil bertugas dengan menggunakan tangan pada minit ke-87.

Aksi itu dianggap sangat keterlaluan buat seorang pemain bola sepak profesional kerana perbuatan beliau dilihat secara umum semalam baik di stadium atau secara siaranh langsung.

Jika diikutkan, Fairuz merupakan salah seorang pemain yang cukup berkualiti pada aksi tersebut dengan tindakannya selaku pertahanan banyak mematikan ancaman daripada serangan Kedah.

Namun, segala kecemerlangan tersebut dianggap sia-sia kerana perbuatan beliau itu jelas menimbulkan kritikan ramai peminat bola sepak Malaysia kini di media sosial.

Aksi sedemikian bukan sesuatu yang baharu lagi pada musim ini, apabila pemain tengah Perak iaitu Azfar Fikri turut melakukan perkara kurang sopan ketika aksi membabitkan mereka menentang Selangor tempoh hari.

Pastinya aksi-aksi sedemikian perlu dicegah segera dengan tindakan keras perlu diambil pada masa hadapan oleh pihak bertanggungjawab.

Apatah lagi jika membabitkan Fairuz, kerana pemain tersebut turut membuat kekasaran yang jelas kepada pengadil akibat tidak berpuas hati menerima layangan kad merah.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN