Fandi Ahmad Jawab Isu Ketumpulan 2 Penyerang Import Sri Pahang

Fandi Ahmad tampil mempertahankan kedua penyerang import Sri Pahang pada musim ini walaupun ada pertikaian dibuat oleh segelintir penyokong menerusi media sosial kerana ketumpulan ditampilkan mereka untuk meledak gol.

Dua pemain tersebut ialah Kpah Sherman serta Mykola Ahapov yang dianggap gagal memberikan impak terbaik ketika aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika saingan Liga Super beberapa hari lalu.

Buat pertama kali digandingkan, Sherman dan Ahapov masing-masing gagal untuk menerajui posisi hadapan Tok Gajah ketika berdepan JDT dengan tiada gol dapat dihasilkan oleh kedua pemain import tersebut.

Untuk rekod, aksi-aksi terdahulu menyaksikan Ahapov lebih banyak bertindak selaku pemain simpanan dan diberi peluang beraksi di separuh masa kedua perlawanan.

Berbanding Sherman yang menjadi pilihan utama di posisi hadapan, gandingannya sebelum ini bersama Manuel Hidalgo serta Kuvondik Ruziev berjaya menampilkan kualiti permainan berbeza di atas padang.

Fandi juga mengakui gandingan kedua pemain itu masih lagi memerlukan persefahaman kerana ia baru pertama kali dibentuk serta dijangka mampu positif untuk aksi akan datang.

Selain itu, pengendali dari Singapura tersebut turut menuntut kepada para pemain lain terutama di posisi tengah supaya meningkatkan lagi kualiti dalam permainan.

“Persefahaman mereka belum dapat kerana sebelum ini Ahapov diturunkan pada babak kedua berbanding Sherman walaupun mereka bekerja keras untuk menjaringkan gol.

“Namun, saya akui seorang penyerang memerlukan hantaran bola yang bagus untuk membolehkannya menghasilkan jaringan.

“Oleh itu, semua pemain terutama di bahagian tengah perlu lebih bagus dalam melakukan hantaran dan memastikan Sri Pahang beroleh kemenangan,” kata Fandi menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada aksi lalu, kedua pemain ini gagal meledak sebarang gol yang menyaksikan Sri Pahang mencatat kekalahan 0-3 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Melihat di media sosial pula, rata-rata peminat Tok Gajah kurang berpuas hati akan kualiti penyudah kedua pemain import ini yang gagal membuktikan diri mereka selaku penyerang berkualiti.

Catatan semasa menyaksikan hanya Ahapov sudah membuka satu akaun jaringan sementara Sherman masih gagal meledak sebarang gol selepas mengharungi beberapa perlawanan di pentas domestik.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN