Selangor Kini Sedia Ambil Tindakan Di Saluran Bersesuaian

Selangor nampaknya telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi sebentar tadi untuk menjawab isu hukuman telah dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada beberapa jam lalu.

Menurut Selangor, mereka telah pun mengambil maklum akan keputusan telah dikeluarkan oleh MFL selepas keputusan pasukan tersebut untuk menarik diri daripada aksi sulung Piala Sumbangsih 2024/2025 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pihak Kelab mengambil maklum akan keputusan Malaysian Football League (MFL) tentang kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada
10 Mei lalu.

“Untuk makluman, pihak kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut selepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei yang lalu, dan beberapa lagi insiden lain yang melibatkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan tersebut telah ditolak.

“Oleh itu, pihak kelab sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya,” ulas kenyataan tersebut.

Terdahulu, The Red Giants telah pun menerima empat bentuk hukuman daripada pihak MFL selepas keputusan pasukan itu untuk menarik diri daripada aksi bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Keputusan tersebut dilakukan sendiri melalui Ahli Lembaga Pengarah MFL yang telah pun mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kes tersebut.

“Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

“Selepas mengambil pertimbangan pada setiap faktor kes itu, Ahli Lembaga Pengarah yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara membuat keputusan berikut;

“Denda sebanyak RM100,000. Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

“Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

“Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

“Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.

“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” jelas kenyataan MFL petang tadi.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN