CEO Negeri Sembilan Dedah Ada Pemain Import Ingkar Arahan Jurulatih

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus tampil dengan pendedahan mengenai keadaan semasa pasukan tersebut yang secara tiba-tiba tampil merudum begitu mendadak.

Musim ini menyaksikan Negeri Sembilan boleh digambarkan selaku antara pasukan paling malang daripada segi keputusan serta statistik semasa selepas mereka mengharungi empat perlawanan di pentas domestik.

Tiada kemenangan, tiada seri, dan hanya kekalahan sahaja kini sedang menghiasi pasukan tersebut walau ada beberapa rombakan besar telah dibuat.

Terbaharu, Negeri Sembilan tampil dengan kekalahan kepada Kuala Lumpur City (KL City) pula menerusi keputusan 0-3 walaupun berkelebihan beraksi di halaman sendiri.

Daripada empat perlawanan sudah dihadapi, skuad Hoben Jang Hoben telah pun dibolosi sebanyak 14 gol dan hanya mampu meraih satu jaringan sahaja.

Disebabkan itu Faliq Firdaus menyatakan pengurusan pasukan tersebut bakal melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti masalah serta mengatasinya kembali.

Malah, beliau turut mendedahkan ada pemain import yang tampil ingkar akan arahan ditetapkan oleh jurulatih pasukan pada hari perlawanan.

“Setakat ini kita lihat kesepaduan dalam pasukan kurang memuaskan. Apabila ada pemain yang memberi pendapatnya sendiri, membuatkan perancangan jurulatih terjejas.

“Kita sedar pemain import yang kita ambil datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan sepatutnya mereka mematuhi setiap perancangan dan arahan yang dibuat jurulatih, namun perkara itu tidak berlaku. Ia perlu diperbaiki. Saya lihat ini isu utama yang memberi impak kepada kualiti persembahan pasukan.

“Kita akan melakukan bedah siasat segera bagi menyelesaikan masalah ini kerana setiap pemain perlu mengikut kehendak jurulatih.

“Namun begitu, kita akan terus beri kepercayaan kepada ketua jurulatih, Azzmi Ab Aziz untuk mengubah nasib pasukan dalam perlawanan akan datang,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Menerusi bedah siasat yang akan berlaku ini, pastinya para penyokong Hoben Jang Hoben mengharapkan prestasi pasukan tersebut selepas ini kembali bangkit terutama daripada segi hasil akhir keputusan perlawanan.

Aksi selepas ini menyaksikan Negeri Sembilan bakal menghadapi Sri Pahang bagi persaingan Liga Super pada 13 Jun di gelanggang pasukan lawan.

Menerusi tempoh masih panjang ini, pastinya Azzmi memiliki tugasan penting untuk terus menaikkan moral para pemain bagi mewujudkan kembali persaingan sengit di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN