Bagaimana Penyokong Ini Boleh Tonton Siaran Langsung Di MBPJ Secara ‘Kayangan’ & Percuma?

Tular di media sosial X semalam, selepas salah seorang pengguna akaun tersebut yang bernama MOFASAD berkongsikan satu video menarik membabitkan sekumpulan penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak antara Selangor dan Perak secara percuma dari luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menerusi perkongsian video, terdapat tiga orang penonton bola sepak tempatan yang menyaksikan aksi The Red Giants secara percuma dari salah satu bangunan berdekatan stadium tersebut.

Video tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk tular sehingga salah seorang penonton tersebut memberi maklum balas menerusi media sosial X untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Ujar pemilik akaun jenhyunflmz, beliau mendakwa rakaman video tersebut merupakan dirinya bersama bapanya yang menyaksikan aksi tersebut secara percuma dari bangunan itu.

Menurut jenhyunflmz, beliau bersama ayahnya terpaksa menyaksikan aksi itu secara percuma dari bangunan tersebut kerana mereka tidak dapat membeli tiket yang sudah pun habis terjual.

“wow thats me n ayah sebenarnya dari khamis ayah nak beli tiket tapi sold awal huhu so kadang memang ayah tengok bola dari office dia so ni je la solution dia,” jelas beliau di media sosial X.

Sebelum ini, ada beberapa komen pengguna media sosial turut menyatakan pemandangan yang dilihat penonton itu mempunyai aura seolah di Eropah.

Tak kurang ada turut menyatakan ia merupakan sudut tontonan sangat cantik untuk dilihat penyokong walau dari luar stadium tersebut.

Walaupun begitu, kami di Semuanya BOLA tidak menggalakan aksi sebegini terus dilakukan kerana ia seolah membenarkan penyokong menyaksikan secara percuma tanpa perlu membayar harga tiket perlawanan.

Dalam kes ini, jenhyunflmz sendiri menyatakan kadangkala bapanya menyaksikan perlawanan tersebut dari bangunan itu secara percuma sahaja tanpa perlu mengeluarkan wang untuk membayar tiket.

Apapun, kadar kehadiran di Stadium MBPJ kini sangat tinggi dengan hampir setiap perlawanan tiket sentiasa habis terjual buat para penyokong sejak tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Galakan untuk penyokong Selangor hadir ke stadium menerusi media sosial jelas berhasil dan ia jelas mampu membantu kantung kewangan pasukan tersebut untuk lebih baik musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN