Malaysia bawah 16 (B-16) telah pun memulakan kempen mereka dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 semalam bersama kemenangan besar ketika pasukan itu mengetepikan cabaran Timor Leste melalui keputusan 5-0.
Pada aksi tersebut, skuad kendalian Javier Jorda Ribera tampil bersama persediaan cukup rapi memerangkap serta menghasilkan jumlah jaringan cukup besar mengatasi pasukan lawan.
Hadir dengan persediaan rapi termasuk pemilihan pemain berkualiti, barisan bintang muda negara dilihat berjaya menggalas tugas dengan cukup baik untuk mengharumkan nama Malaysia.
Lima jaringan Malaysia terhasil menerusi Izzuddin Afif, Fahmi Farizamal, Awal Wafiy (dua gol), serta Arrayan Hakeem untuk meletakkan Malaysia kini di puncak kedudukan Kumpulan C.
Aksi seterusnya menyaksikan Harimau Malaya cilik ini akan beraksi menentang Australia yang sebelum itu sekadar terikat seri 0-0 sewaktu bertemu Thailand.
Keputusan pertama Malaysia itu bukan sahaja berjaya meraih pujian ramai penyokong negara, malah apa ditampilkan mereka sepanjang di atas padang turut mempersonakan untuk menerima pujian ramai.
Apa tidaknya, Malaysia hadir bersama corak permainan yang sangat tersusun secara berkumpulan dan menampilkan persefahaman tinggi ketika saling berbalas hantaran dan mencorakkan serangan.
Malah idea Ribera untuk membuat penggantian pemain dan mengubah rentak permainan juga menjadi faktor utama buat kejayaan pasukan kebangsaan.
“Good game. Terdapat beberapa pemain yg sangat berkualiti. Syok tengok mentaliti fast game dan all out attack. 23 shots and 12 on target.
“Nak tengok lepas ni lawan team lebih kuat baru boleh nilai kemampuan sebenar. Well done boys,” puji DrMd Azree.
“Power coach U-16 Malaysia ni baca game n pemain-pemain yang dah tak perform. Awal dia tukar pemain-pemain dan pemain subs yg masuk boleh score lagi.
“KPG patut duduk semeja dengan dia ni tanya apa resepi boleh study gameplay lawan dan buat firm decision untuk tukar pemain-pemain yang tertentu dan sepatutnya ditukarkan pada awal separuh masa pertama, bukan minit-minit akhir baru tukar pemain. Well done coach n batch U-16 2024 Malaysia,” ulas Aqi Zahari pula.
“Tahniah coach, batch ni baik takde long ball, akademi AMD JDT dah nampk hasil. Pengulas Indonesia bagi 5 Bintang dan memukau permainan Malaysia,” kata Mohd Nasharuddin Mohd Ashari.
Semoga skuad muda Malaysia mampu meneruskan rentak positif selepas ini bagi menghadapi aksi kedua menentang Australia.