Ini Cara Sebenar Untuk Beli Jersi Pada Harga Lebih Murah

Cerita berkenaan jersi, kebanyakan penyokong di saingan Liga Malaysia (Liga M) masih lagi mengamalkan sikap acuh tidak acuh kepada pembelian original dengan pilihan cetak rompak masih menjadi isu utama.

Alasan yang dikeluarkan pastinya mengenai tanda harga yang sangat mahal jika dibandingkan versi cetak rompak, sehingga mereka tidak sedar ia memberi impak buat janaan kewangan pasukan kesayangan.

Namun, salah seorang peminat bola sepak di Malaysia iaitu Afiq Shari tampil membuat perkongsian berguna untuk mendapatkan jersi original pada tanda harga lebih murah di pasaran.

“Meh aku ajar cara beli jersi harga murah. Kadang yang mengajak orang beli jersi ni tak tengok orang. Dia duk ingat orang wajib beli jersi je.

“Orang senang orang susah dia tak ingat. Ada orang rasa harga jersi original RM100 dah murah, ada jugak yang masih tak mampu.

Tunggu promo

“Jersi ni bukannya macam harga diesel kena tarik subsidi kemudian harga fix gitu je sampai bila-bila. Yang pasti kenalpasti dulu vendor yang menjual jersi original.

“Kadang penjual macam ni memang akan buat promo pada waktu-waktu tertentu. Macam situasi saya, awak boleh tengok pada foto di bawah.

“Jersi replika Terengganu ni ikutkan harga asal RM99.90, tapi syukur page ni ada buat promo waktu TikTok LIVE, dapat la sehelai cuma RM84.90. Banyak tu dapat jimat sampai RM15.

Beli hujung musim

“Kebiasaannya harga jersi di hujung musim memang akan turun banyak. Yelah dah hujung musim, orang pun fokus nak beli baju baru next season pulak.

“Apapun, cara ni sebenarnya bergantung pada nasib. Kadang-kadang cuma stok-stok yang tak habis je yang tinggal, jadinya saiz yang ada pun kadang-kadang saiz yang tak ramai orang beli.

“Biasanya untuk jersi ni, saiz M dan L memang payah nak jumpa dah kalau hujung musim. Kalau berjaya jumpa, tahniah dan angkat sehelai segera.

Jangan beli

“Ya bunyinya mungkin kejam, tapi daripada beli baju fake dengan harga murah, yang tak menyumbang langsung kepada pasukan, kalau rasa jersi tersebut masih di luar kemampuan kita, tak payah la beli.

“Bukannya wajib pun beli jersi ni. Lagipun zaman sekarang ni, kelab bukan jual jersi je. Banyak lagi merchandise lain. Kita masih boleh membantu pasukan selain daripada beli jersi.

“Ini tidak. Beli jersi fake, kemudian siap complain pasukan tak bayar gaji pemain tengah musim. Lah, kamu pun tak menyumbang, lagi mahu komen,” jelas Afiq di Facebook.

Kami di Semuanya BOLA juga turut menyeru supaya setiap penyokong tempatan mengelak daripada mendapatkan jersi cetak rompak dan cuba menggunakan tips ini untuk mendapatkan versi original.

Tatkala pasukan seperti Kedah Darul Aman (Kedah), Sri Pahang, Sabah, dan Perak dikatakan mempunyai masalah kewangan kini, ia adalah masa terbaik untuk para penyokong memberi sokongan padu dengan mendapatkan jersi original kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN