Amukan Assifuah Bantu Kedah Mudah Atasi Cabaran Bukit Tambun

Kedah Darul Aman (Kedah) berjaya menepati ramalan ramai penyokong bola sepak tempatan, apabila mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengatasi cabaran kelab dari saingan Semi-Pro, Bukit Tambun FC (BTFC).

Pada aksi tersebut, Sang Kenari jelas berada pada satu tahap berbeza jika dibandingkan oleh pasukan pelawat dengan mereka menguasai hampir keseluruhan permainan dan mencipta banyak ruang.

Empat jaringan terhasil buat Sang Kenari melalui ledakan hatrik Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, serta Amirul Hisyam untuk memastikan BTFC hampa di Stadium Darul Aman, Alor star.

Walaupun begitu, Sang Kenari juga terpaksa menelan keputusan pahit apabil bintang muda Malaysia bawah 23 (B-23) dilayangkan kad merah pada pertengahan separuh masa kedua kerana kekasaran dibuat berjaya dikesan oleh Video Assistant Referee (VAR).

Sepanjang aksi berlangsung, skuad kendalian Nafuzi Zain sebenarnya boleh mendapatkan lebih banyak gol menerusi pelbagai peluang dicipta untuk mengatasi pasukan lawan.

Namun, beberapa peluang tersebut hanya disia-siakan begitu sahaja oleh barisan serangan Kedah selain penjaga gol BTFC juga tampil cemerlang menafikannya menerusi tepisan-tepisan berkualiti.

Paling mencuri tumpuan pastinya terarah buat penyerang BTFC iaitu Sadam Hashim yang sesekali tampil mengejutkan pertahanan Kedah menerusi kelincahannya untuk cuba mendapatkan gol.

Kemenangan tersebut bukan sahaja melegakan para pemain serta kejurulatihan, malah buat para penyokong Kedah sendiri yang sebelum itu kecewa melihat dua keputusan dicatat oleh pasukan kesayangan mereka.

Apatah lagi penyerang import mereka iaitu Ebenezer juga telah pun membuktikan mengapa dirinya berbaloi untuk terus ditandatangani bersama skuad utama selepas tampil selaku penjaring terbanyak pada musim lalu dalam saingan Piala MFL.

Kejayaan itu juga membuktikan Sang Kenari mendengar teguran daripada pemilik Kedah sebelum ini, Tan Sri Dr Daud Bin Bakar yang mahu kualiti serangan pasukan itu diperbaiki.

Apa tidaknya, Kedah tampil sebagai salah satu pasukan paling tumpul sebelum itu di posisi serangan setelah mereka hanya mampu mengumpul satu gol daripada tiga perlawanan dihadapi.

Bagi aksi seterusnya, sudah tentu konsistensi tersebut ingin dikekalkan Nafuzi selain ianya mampu untuk menarik lebih ramai para penyokong hadir ke stadium demi memberi sokongan buat pasukan kesayangan mereka.

Sementara BTFC pula, kekalahan tersebut merupakan suatu hakikat perlu ditelan setelah kualiti permainan menjadi pemisah antata kedua pasukan tersebut sepanjang aksi berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN