Kontrak Faisal Halim Bersama Selangor Kekal Terjamin

Pengurusan Selangor telah pun menunjukkan sikap profesionalisme yang sangat tinggi untuk dicontohi, apabila mereka dilaporkan kekal untuk menjaga kebajikan Faisal Halim sehingga pemain itu sembuh.

Terdahulu, Faisal yang memiliki kontrak bersama The Red Giants telah pun menjadi mangsa kerakusan penjenayah apabila dirinya disimbah oleh asid sehingga menyebabkan kecederaan teruk berlaku.

Apa yang menimpa Faisal itu telah memberi kesan yang cukup besar buat anak jati Pulau Pinang ini untuk menghadapinya tatkala beliau sedang berada di kemuncak.

Lebih memilukan lagi, Faisal juga mengakui sangat trauma pada mulanya untuk kembali dalam dunia bola sepak profesional sebelum kembali dipujuk untuk bangkit.

Beliau juga memberi bayangan akan turut kembali untuk menyertai Selangor serta skuad kebangsaan pada suatu hari nanti jika segalanya sudah pun pulih.

“Ya, sudah tentu saya dilahirkan untuk menjadi seorang pemain bola sepak, apabila saya ditimpa musibah seperti ini, memang agak sukar untuk diri saya dan saya harap suatu hari nanti saya dapat kembali di atas padang.

“Keadaan sekarang saya sendiri tak tahu jika saya boleh kembali atau tidak. Apa saya harapkan semua dapat doakan saya untuk kembali dalam arena bola sepak,” ulas Faisal.

Pada masa sama, suasana juga tampil sedikit hiba selepas Faisal mengakui pada awalnya beliau sanggup tinggalkan gaji puluhan ribu untuk berhenti beraksi di atas padang asalkan diri serta keluarganya selamat.

“Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu untuk berhenti main bola asalkan keluarga saya selamat, tetapi saya dan keluarga telah dijanjikan dengan saya mampu untuk teruskan dan ketika itu saya semangat untuk teruskan lagi,” ujar beliau dengan hiba.

Walaupun begitu, pengurusan Selangor mengakui menerusi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar, beliau menyatakan mereka akan memastikan status kontrak Faisal sehingga 2027 terus terjamin.

“Pihak kelab akan terus memberi sokongan kepada Mickey secara mental dan fizikal selain aspek kewangan sehingga dia dapat kembali beraksi semula.

“Dengan semangat yang dapat dipamerkan oleh Mickey, Insha-Allah dia akan kembali,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Melihat kepada kesan kecederaan dialami Faisal, berkemungkinan beliau terpaksa berehat dengan lebih panjang serta diberi perhatian berterusan oleh pihak kelab The Red Giants.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN